HONOR kembali mencuri tumpuan dunia amnya dan Malaysia khususnya menerusi pelancaran peranti flagship terbaharunya, Magic8 Pro, sebuah telefon pintar yang bukan sekadar berkuasa, malah sarat dengan elemen kecerdasan buatan (AI) yang menjadikan pengalaman pengguna lebih pintar.
Jika dipandang kali pertama, Magic8 Pro cukup menyerlah dengan rekaan premium dan skrin OLED 6.71 inci, memberikan paparan tajam dan warna hidup.
Apa yang menarik dengan model terbaharu ini? Paling jelas ciri kamera telefoto dengan sensor besar dan bateri silikon-karbon berkapasiti paling besar yang dianggap cukup besar diberikan kepada setiap media yang terpilih menerima peranti ujian ini.
KAMERA
Bahagian kamera pula menjadi bintang utama. Sistem tri-kamera AiMAGE mampu merakam gambar yang menarik, jelas dan tajam sekali gus menjadikan peranti terbaik yang ada di pasaran ketika ini.
Sistem kamera ini juga mampu meningkatkan ketajaman gambar yang dirakam dengan bantuan AI yang sedia terbina dalam peranti ini.
Untuk rakaman malam, sensor besar memastikan imej kekal jelas dan terang manakala kamera hadapan yang mantap pula menjadikan swafoto lebih realistik dan tajam.
Ciri inovasi paling terbaharu pada peranti ini ialah anda boleh melaras zum kamera dengan hanya meleretkan jari pada bahagian sisi kanan peranti ini dengan mudah tanpa perlu menyentuh skrin. Cukup mudah bukan!
Gabungan spesifikasi flagship ini memastikan keupayaan penggambaran yang unggul, termasuk dalam keadaan pencahayaan yang sangat rendah.
Penarafan lanjutan ini biasanya ada pada prestasi penstabilan imej kamera DSLR, membolehkan pengguna merakam gambar yang jelas dan tajam walaupun dari jarak jauh, tanpa masalah gegaran tangan atau kehilangan butiran.
SISTEM OPERASI
Sistem operasi MagicOS 10 berasaskan Android 16 juga menambah keistimewaan tersendiri.
Menariknya, Honor Magic8 Pro turut menerima sijil ketahanan, menjadikannya kalis air dan habuk pada tahap tertinggi. Malah, ia turut lulus ujian tahan jatuh, sesuatu yang jarang dilihat pada telefon flagship lain.
Daripada segi warna, pengguna boleh memilih antara Sunrise Gold, Sky Cyan, dan Black, semuanya menyerlahkan gaya elegan dengan sentuhan moden.
Secara keseluruhan, Honor Magic8 Pro bukan sekadar telefon pintar, tetapi satu peranti AI futuristik yang menggabungkan rekaan menawan, kamera berkuasa, prestasi premium dan ketahanan luar biasa.
Berdasarkan ulasan pandang pertama, ia berpotensi besar menjadi antara flagship paling menarik tahun ini terutamanya bagi mereka yang mahukan teknologi AI dalam genggaman pada bila-bila masa dan dimana-mana jua.
Satu lagi kelebihan Magic8 Pro ialah bateri silikon karbonnya cukup besar dengan pengecasan pantas 100W berwayar, 80W nirwayar, dan pengecasan berbalik. Dengan kapasiti sebesar ini, isu kehabisan bateri bukan lagi masalah besar.
Gabungan spesifikasi flagship ini memastikan keupayaan penggambaran yang unggul, termasuk dalam keadaan pencahayaan yang sangat rendah.
HONOR Mencari 50 Jurugambar untuk Mencuba HONOR Magic8 Pro
Sempena kempen Tahun Melawat Malaysia 2026, HONOR sedang mencari 50 jurugambar berbakat untuk merakamkan jiwa dan identiti sebenar Malaysia. Peserta terpilih akan berpeluang menguji keupayaan HONOR Magic8 Pro secara menyeluruh melalui penggambaran di lokasi-lokasi ikonik, warisan budaya serta keindahan alam semula jadi di seluruh negara.

HONOR Magic8 Pro diumumkan sebagai Peralatan Fotografi Terpilih Tahun Melawat Malaysia 2026. Peranti ini akan menjadi medium untuk merakam keindahan Malaysia, daripada landskap menakjubkan, alam semula jadi, kepelbagaian budaya, pilihan makanan yang lazat, hinggalah ke khazanah tersembunyi melalui perspektif pengguna.
Kerjasama ini mencerminkan komitmen HONOR dalam memperkasa penceritaan kreatif dan meraikan kepelbagaian budaya Malaysia melalui visual yang tulen dan berkualiti tinggi.
Visual terbaik akan dijadikan sebahagian daripada naratif visual utama Tahun Melawat Malaysia 2026, dan dipaparkan kepada penonton global melalui saluran media sosial rasmi HONOR. Pendaftaran dibuka mulai 11 hingga 18 November 2025 melalui laman sesawang dan laman Facebook rasmi HONOR Malaysia.
APA ADA DALAM KOTAK?
- 1 unit HONOR Magic8 Pro.
- 1 unit Pengecas 100W HONOR SuperCharge
- 1 unit Kabel USB-A ke USB-C
- 1 unit Pin SIM.
- 1 unit Kerangka silikon.
- 1 Unit adapter
* NANTIKAN ULASAN PENUH HONOR Magic8 Pro


































