Festival Filem dan Anugerah Antarabangsa ASEAN (AIFFA) 2025 membuka tirai ‘Malam Pembukaan’ yang cukup gemerlapan bertemakan “AIFFA 2025 Under the Stars” pada malam tadi.
Delegasi dari semua negara ASEAN, termasuk anggota terbaharu, Timor Leste, tampil memeriahkan acara di Grand Margherita Hotel, Kuching, Sarawak.
Bagi sesetengah pihak, malam tersebut menjadi ruang untuk bertemu dan berhubung semula; manakala bagi yang lain, ia membuka peluang baharu untuk kerjasama antarabangsa dalam industri perfileman.
Acara penuh bintang ini turut menyaksikan pengumuman yang dinanti-nantikan iaitu senarai pencalonan filem AIFFA 2025, meraikan bakat terbaik dari seluruh rantau ASEAN dan luar kawasan.
Pengarah Festival AIFFA, Livan Tajang, menyifatkan tahun ini sebagai pencapaian penting buat industri filem ASEAN.

“Tahun ini, Kita membuka penyertaan kepada negara-negara Asia. Kita terima 200 penyertaan. Ini adalah rekod baharu sebab dulu tak pernah sampai sebanyak itu. Jadi tahun ini kita benar-benar terima dari banyak negara Asia, dan itu adalah sesuatu yang saya akan ingat, kerana kita berjaya capai 200.
“Masa mula-mula festival, penyertaan kita cuma lapan sahaja. Jadi ini memang satu perkembangan yang besar,” katanya.
Selain peningkatan penyertaan, AIFFA turut memperkukuh platform pembangunan bakat muda melalui kerjasama dengan Asian UniFest, sebuah inisiatif untuk pelajar universiti dari negara-negara Asia.
“Tahun ini kami terima penyertaan daripada 47 universiti, dengan lebih kurang 150 peserta dari tujuh negara. Negara yang datang termasuklah Singapura, Indonesia, Malaysia dan Brunei,” katanya.
Katanya, misi AIFFA adalah jelas iaitu membina generasi pembikin filem masa depan.
“Di AIFA, kami memang nak nurture dan tolong anak-anak muda yang ada minat dalam perfileman. Jadi mereka perlukan satu platform. Bila mereka ada platform macam ini dan bila mereka dah jadi profesional nanti, mereka akan ingat AIFA. Mungkin pada masa akan datang, mereka akan hantar penyertaan kepada AIFA lagi.
“Malam ini, kita akan tengok banyak filem. Juri pun sedang pilih yang terbaik daripada 200 itu. Saya sangat teruja. Saya tahu kita ada beberapa filem Malaysia yang bagus, tapi negara lain pun hantar filem yang baik. Jadi kita tunggu malam gala nanti untuk lihat siapa yang menang,” katanya ketika ditemui di sini, malam tadi.
Sementara itu, Ketua Juri AIFFA 2025, U-Wei Haji Saari, pula menyifatkan penceritaan dan kualiti teknikal filem-filem ASEAN sebagai gabungan yang mengagumkan, mencerminkan kerencaman budaya, sejarah dan latar sosio-ekonomi rantau ini.

Beliau menegaskan bahawa proses penjurian bukan sahaja mencabar, tetapi juga memberikan pengalaman pembelajaran yang luar biasa dan mempesonakan.
Keputusan rasmi dan pemenang akan diumumkan pada AIFFA Gala Night pada 15 November 2025 di Colosseum Ballroom, Pullman Hotel, Kuching.
🎬 SENARAI PENCALONAN AIFFA 2025
BEST SCREENPLAY (Lakon Layar Terbaik)
1. Abang Adik – Malaysia
2. The Gospel of the Beast – Filipina
3. Inside the Yellow Cocoon Shell – Vietnam
4. Tenement – Kemboja
5. Chi Dau – Vietnam
BEST FILM EDITING (Suntingan Filem Terbaik)
1. King of Hawkers – Singapura
2. Inside the Yellow Cocoon Shell – Vietnam
3. Babah – Malaysia
4. Reversi – Malaysia
5. Tenement – Kemboja
BEST CINEMATOGRAPHY (Sinematografi Terbaik)
1. Inside the Yellow Cocoon Shell – Vietnam
2. Some Nights I Feel Like Walking – Filipina
3. Tenement – Kemboja
4. Green Bones – Filipina
5. Mbutik – Indonesia
BEST SUPPORTING ACTRESS
1. Hong Dao – Chi Dau (Vietnam)
2. Sweet Qismina – Babah (Malaysia)
3. Imelda Budiman – Way Back Home (Indonesia)
4. Zulfa Maharani – Crocodile Tears (Indonesia)
5. Katrina Halili – AbeNida (Filipina)
BEST SUPPORTING ACTOR
1. Ronnie Lazaro – The Gospel of the Beast (Filipina)
2. Yoshihiko Hosoda – Tenement (Kemboja)
3. Khiva Iskak – Way Back Home (Indonesia)
4. Dennis Trillo – Green Bones (Filipina)
5. Mogan Chandra Dass – Simple Manusan (Malaysia)
BEST ACTRESS (Pelakon Wanita Terbaik)
1. Viet Huong – Chi Dau (Vietnam)
2. Sarina Mueller – Waiters (Brunei)
3. Thanet Thorn – Tenement (Kemboja)
4. Yunita Siregar – Home Sweet Loan (Indonesia)
5. Marissa Anita – Crocodile Tears (Indonesia)
BEST ACTOR (Pelakon Lelaki Terbaik)
1. Wu Kang-Ren – Abang Adik (Malaysia)
2. Qi Razali – Babah (Malaysia)
3. Jansen Magpusao – The Gospel of the Beast (Filipina)
4. Le Phong Vu – Inside the Yellow Cocoon Shell (Vietnam)
5. Jomari Angeles – Some Nights I Feel Like Walking (Filipina)
BEST DIRECTOR (Pengarah Terbaik)
1. Pham Thien An – Inside the Yellow Cocoon Shell (Vietnam)
2. Petersen Vargas – Some Nights I Feel Like Walking (Filipina)
3. Jin Ong – Abang Adik (Malaysia)
4. Sheron Dayok – The Gospel of the Beast (Filipina)
5. Sokyou Chea & Inrasothythep Neth – Tenement (Kemboja)
6. Tumpal Tampubolon – Crocodile Tears (Indonesia)
7. Sabrina Rochelle Kalangie – Home Sweet Loan (Indonesia)
BEST FILM (Filem Terbaik)
1. Inside the Yellow Cocoon Shell – Vietnam
2. Some Nights I Feel Like Walking – Filipina
3. Abang Adik – Malaysia
4. The Gospel of the Beast – Filipina
5. Tenement – Kemboja
6. Crocodile Tears – Indonesia
7. Home Sweet Loan – Indonesia


































