Seiring dengan ekonomi Malaysia yang sedang berkembang pesat secara digital, pemasaran “affiliate”  kini tidak lagi asing dalam kalangan masyarakat di Malaysia. Malah, ia kini muncul sebagai sebuah kerjaya yang berpotensi untuk dijalankan dalam skala yang besar berasaskan teknologi, sekali gus menjadikan ia sebagai pilihan utama oleh pelajar, pempengaruh mikro dan usahawan digital yang ingin menjana pendapatan dan menerajui ekonomi penciptaan kandungan.

Pada 22 Julai 2025, Xamble Academy telah berkolaborasi bersama GlobalNxt University dalam penganjuran bengkel “The Ultimate Starter Guide to Affiliate”. Bengkel ini bertujuan untuk melengkapi para peserta dengan intipati untuk menjana pendapatan melalui aktiviti penciptaan kandungan, membina jenama sendiri, dan menggunakan teknologi AI bagi meningkatkan penghasilan kandungan secara efisien.

Bertempat di Kuala Lumpur, bengkel  ini telah menarik minat golongan belia Malaysia dari pelbagai latar belakang seperti pempengaruh sepenuh masa dan pemasar baharu sehingga ke selebriti tanah air yang berminat untuk mendalami ilmu pemasaran “affiliate” sebagai sumber pendapatan sampingan.

“Kami melihat minat yang semakin ketara daripada rakyat Malaysia yang ingin menyertai ekonomi digital — bukan sekadar sebagai pengguna, tetapi sebagai usahawan dalam industri penciptaan kandungan. Kami ingin memberi akses kepada pendidikan, ilmu dan bahan yang betul untuk mereka,” kata Iv Ho, Ketua Pemasaran Xamble Group Limited.

Pemasaran “Affiliate” di Malaysia: Sektor yang Sedang Meningkat Naik

Anggaran terkini meletakkan nilai sektor pemasaran “affiliate” di Asia Tenggara pada RM80.34 bilion setahun, didorong oleh peningkatan transaksi e-dagang, perbelanjaan jenama dalam pemasaran digital, serta kredibiliti yang semakin tinggi terhadap cadangan daripada rakan sebaya.

Jika dahulu pasaran pempengaruh biasanya dikuasai oleh selebriti, ekosistem “affiliate” hari ini lebih menghargai keaslian, kesesuaian dan penglibatan dalam bidang tertentu. Hal ini membuatkan penyertaan dalam bidang penciptaan kandungan tidak lagi terhad, terutamanya bagi individu yang mungkin tidak mempunyai jumlah pengikut yang besar, tetapi mampu menghasilkan impak yang bermakna.

“Pemasaran ”affiliate” menggabungkan strategi perniagaan dengan kepercayaan yang dibina oleh pencipta kandungan,” kata Prof. Dr. Chinmoy Sahu, Naib Canselor, GlobalNxt University. “ Sempena sambutan ulang tahun ke-25 yang bakal tiba, kami ingin memperkasakan para pelajar kami dengan kebolehan untuk memulakan kerjaya yang berteraskan ekonomi digital melalui peluang pembelajaran yang unik ini.”

Bagi selebriti seperti Khayrisyah Kemal dan Natasha Elyzza yang menyertai sesi temu bual dalam bengkel tersebut, “affiliate”  bukan sekadar peluang untuk menjana pendapatan tetapi ia diklasifikasikan sebagai perubahan mentaliti.

“Teruskan usaha! Konsistensi akan menjadikan usaha sebagai  pencapaian,” kata Khayrisyah, sambil memberi semangat kepada pempengaruh yang baharu agar kekal komited dalam membina kandungan walau apa jua cabaran.

“Biar mereka berkata-kata. Fokus, teruskan melangkah dan buktikan tanggapan mereka adalah tidak benar,” kata Natasha, menggambarkan ketabahan yang diperlukan untuk berjaya dalam ruang yang sering dipenuhi dengan keraguan diri dan perhatian umum.

Kandungan Generasi Baharu: Bagaimana Alat AI Berkembang Seiring dengan Perdagangan Sosial

Antara sorotan utama bengkel tersebut ialah penerapan alat kandungan berasaskan AI, yang kini dapat mengubah cara pencipta menghasilkan, menerbit dan menjana pendapatan melalui kandungan.

Peserta telah menerima demonstrasi secara langsung dan pengalaman praktikal dengan:

  • Menukar imej statik kepada video pendek
  • Alih suara yang dijana oleh AI
  • Penceritaan gaya sinematik berdasarkan arahan
  • Sistem permulaan “affiliate”  Xamble, yang membolehkan peserta mengaktifkan pautan afiliasi pertama mereka serta memantau prestasi mereka sekaligus

Bagi kebanyakan peserta, ini merupakan kali pertama mereka mendapat pendedahan terhadap kandungan berasaskan AI seperti ini, namun proses pembelajarannya ternyata tidaklah sesukar yang dijangka.

“Saya hasilkan video produk pertama saya dalam masa kurang daripada 30 minit, lengkap dengan peralihan suara,” kata Lau, peserta berusia 26 tahun. “Hal ini  membuat saya sedar bahawa dengan alat yang betul, penciptaan kandungan tidak lagi terhad oleh bajet atau kemahiran teknikal.”

Menyatukan Dunia Akademik dan Industri

Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada kerjasama yang lebih luas antara Xamble dan GlobalNxt Universiti untuk menyelaraskan pendidikan dengan keperluan ekonomi digital Malaysia. Melangkaui teori, program ini turut menyediakan peluang kerjasama bersama jenama sebenar dan penjanaan pendapatan kepada para peserta.

Jenama seperti FSG dan Numinara yang kedua-duanya sedang menjalankan kempen “affiliate” aktif melalui Xamble — turut menyumbang kepada bengkel ini dengan menaja sampel produk, sekali gus memberikan pencipta kandungan aset sebenar untuk digunakan.

“Bengkel seperti ini membolehkan pencipta kandungan dan afiliasi terus mengaplikasikan apa yang telah mereka pelajari,” kata Anthony, pengasas FSG. “Ia bukan sekadar ilmu akademik tetapi merupakan sumber pendapatan yang baik.”

Menyediakan Tapak untuk Evolusi Dunia Pekerjaan

Dengan permintaan yang tinggi dan maklum balas yang positif, kedua-dua organisasi merancang untuk memperkembangkan program ini melalui pensijilan yang berstruktur, sesi susulan, dan inkubator pencipta berasaskan platform.

“Kami sedang membina infrastruktur untuk ekonomi pempengaruh berasaskan prestasi di Malaysia,” kata Iv.  “Daripada kemahiran kandungan ke pematuhan, daripada alat AI ke model afiliasi yang telus, matlamat kami adalah untuk menjadikan ini satu laluan kerjaya yang berdaya maju — bukan sekadar kerja sambilan.”

Tinjauan Masa Depan

Seiring dengan evolusi tenaga kerja digital dan pencipta kandungan Malaysia yang mentakrifkan semula aspirasi kerjaya, inisiatif seperti ini semakin merapatkan jurang antara pendidikan dan peluang ekonomi.

Pemasaran “affiliate”, yang dulunya dianggap sebagai pendapatan sampingan secara santai, kini dilihat sebagai satu sektor berasaskan kemahiran dan didayakan oleh teknologi — dengan potensi jangka panjang.

“Kerjasama ini membuktikan bahawa pendidikan boleh bersifat tangkas dan responsif terhadap trend pasaran,” kata Dr. Dalwinder Kaur, Ketua Program (Sekolah Pendidikan), GlobalNxt University.  “Ia juga menunjukkan bahawa pelajar hari ini tidak lagi menunggu peluang pekerjaan — mereka menghasilkannya sendiri.”

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini