McDonald’s Malaysia melangkah setapak lagi dalam memperkukuh hubungan emosi bersama pelanggan dengan pelancaran mini drama terbaru berjudul “Senyuman”, sebuah kisah menyentuh hati mengenai pengertian sebenar sebuah senyuman dan nilai sebuah kehadiran.

Mini drama tujuh episod ini menampilkan pelakon berkaliber, Jack Tan atau lebih dikenali sebagai Ah Zhe, yang memegang gelaran tiga kali Pelakon Lelaki Terbaik, bergandingan buat julung kalinya dengan penyanyi dan pelakon terkenal tanah air, Nabila Razali. Turut membuat kemunculan khas dalam drama ialah pelakon Lim Jian Wen.

“Senyuman” akan mula ditayangkan secara eksklusif di laman Instagram rasmi McDonald’s Malaysia (@mcdonaldsmalaysia) pada 7 Ogos jam 8 malam, dan boleh ditonton secara percuma oleh semua pengguna.

Mengisahkan watak Ming (lakonan Jack Tan) yang jarang tersenyum dan lebih banyak
menyendiri, kisah ini bermula apabila rakan sekerjanya June (Nabila Razali) mula menyedari sikap dinginnya lalu cuba mendekatinya.

Dalam satu ajakan makan malam di McDonald’s, perbualan mereka sambil berkongsi kentang goreng akhirnya membuka pintu hati Ming untuk menceritakan kisah silam yang membelenggunya sejak kecil.

Menurut Jack Tan, skrip mini drama ini begitu menyentuh hati dan penuh makna. “Ini bukan sekadar lakonan biasa, tetapi sebuah naratif mengenai empati, penyembuhan dan sokongan.

Watak Ming sangat mendalam dan saya benar-benar dapat rasai emosinya,” katanya. Walaupun berdepan cabaran kerana jadual penggambaran yang padat dan babak-babak emosional sejak hari pertama, Jack Tan menyifatkan kolaborasi dengan Nabila dan Lim sangat membantu dalam menjiwai peranan.

Bagi Nabila Razali pula, ini merupakan pengalaman pertamanya menjayakan sebuah mini drama. “Kerjasama dengan McDonald’s kali ini sangat istimewa. Berbeza dengan iklan-iklan McDonald’s yang ceria dan meriah, drama ini lebih kepada penceritaan yang penuh perasaan.

Ia tidak terlalu bersifat promosi, tetapi lebih kepada menyampaikan mesej melalui emosi dan jalan cerita yang realistik,” katanya.

Mengulas tentang “Senyuman” , Jack berkata walaupun setiap episod hanya berdurasi antara satu hingga dua minit, namun emosi yang disampaikan sangat mendalam dan menyentuh hati.

“McDonald’s bukan sekadar lokasi dalam cerita ini. Ia mewakili kehangatan dalam kenangan Ming, malah juga menjadi simbol memori dan detik kebersamaan buat ramai keluarga. Saya berharap penonton akan merasai mesej yang penuh kelembutan dan keikhlasan selepas menontonnya,” katanya.

Aplikasi McDonald’s Cecah 14 Juta Muat Turun, Kukuhan Hubungan Digital

Pelancaran “Senyuman” turut seiring dengan pencapaian besar McDonald’s Malaysia dalam bidang digital. Sejak dilancarkan pada April 2018, Aplikasi McDonald’s kini telah mencatat lebih 14 juta muat turun (pls advise updated figure), dengan lebih daripada 1.4 juta pengguna aktif bulanan setakat Julai 2025.

Aplikasi ini membolehkan pengguna membuat pesanan dengan mudah untuk makan di restoran, penghantaran, atau melalui perkhidmatan Drive-Thru. Ia juga menawarkan ganjaran eksklusif dan mata kesetiaan yang boleh ditebus untuk makanan percuma, menjadikannya lebih menjimatkan dan berbaloi bagi pengguna setia.

Pengarah Pemasaran McDonald’s Malaysia, Chin Mei Lee, “Senyuman” merupakan salah satu usaha kreatif untuk mendekati pelanggan dengan cara baharu. “Kami sentiasa mencari pendekatan inovatif untuk menghubungkan jenama kami dengan rakyat Malaysia.

Drama “Senyuman” ini membuktikan bagaimana kisah yang tulus boleh membawa makna yang besar, sambil mengetengahkan peranan aplikasi McDonald’s dalam kehidupan harian.

“McDonald’s Malaysia berhasrat untuk terus melangkah ke hadapan dalam transformasi digital dan menghasilkan kandungan yang memberi kesan mendalam kepada pengguna.” katanya.

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini