JETOUR Auto Malaysia secara rasminya telah memulakan operasi pemasangan tempatan untuk model SUV, JETOUR Dashing dan VT9, di fasiliti pemasangan Berjaya Assembly Sdn. Bhd. (B-Assembly) di Tampoi, Johor Bahru.

Pencapaian ini menandakan langkah penting dalam strategi pengeluaran tempatan JETOUR sambil mengukuhkan komitmen jangka panjang jenama ini untuk pasaran automotif Malaysia.

Operasi pemasangan tempatan ini dijalankan di fasiliti sedia ada B-Assembly seluas 640,000 kaki persegi, disokong oleh seramai lebih 100 orang tenaga kerja yang berdedikasi menjadikan Malaysia sebagai hab strategik untuk pembuatan dan pengedaran bagi rantau ASEAN.

Inisiatif ini turut menyokong aspirasi negara dalam sektor automotif dengan meningkatkan pemerolehan tempatan, mewujudkan peluang pekerjaan berkemahiran, serta memperkukuhkan integrasi dalam rantaian bekalan tempatan.

“Pencapaian penting ini mencerminkan keyakinan kukuh kami terhadap Malaysia sebagai pasaran strategik untuk JETOUR. Pemasangan tempatan bagi model Dashing dan VT9 bukan sahaja hanya satu kemajuan dari segi pengeluaran, malah merupakan pelaburan besar dalam bakat, inovasi, dan potensi mobiliti di rantau ini pada masa akan datang,” kata Naib Presiden JETOUR International, Wen Qiangkang.

Ketua Pegawai Eksekutif JETOUR Malaysia, Fu Yong berkata, denganm pelancaran pembuatan tempatan, pihaknya berbangga dapat menawarkan kenderaan berkualiti tinggi yang dipasang di Malaysia, sejajar dengan komitmen berterusan terhadap kualiti, inovasi dan kepuasan pelanggan.

“Kerjasama dengan B-Assembly ini turut membina asas kukuh bagi strategi peluasan JETOUR ke seluruh rantau ASEAN,” katanya.

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini