Memecah tradisi kebiasaan piza, Domino’s Pizza Enterprise Ltd (Domino’s) sekali lagi mencipta kelainan! Kali ini dengan menukar pasta kegemaran ramai kepada pengalaman piza yang luar biasa.
Memperkenalkan Piza Mac & Cheesy, sajian pemikat selera yang menggabungkan keenakan pasta makaroni berkrim dan keju dengan kenikmatan piza dalam setiap suapan yang tak dapat dilupakan.
Bermula dari 22 Julai 2025, pelanggan boleh menikmati Piza Mac & Cheesy, yang
didatangkan dalam tiga perisa yang menambat selera. Dengan doh yang diuli secara
segar dan dilapisi dengan sos keju yang mewah, setiap piza disempurnakan dengan
taburan makaroni lazat yang berkrim dan keju mozarela ‘tarik’ dan sentuhan akhir
rumpai laut untuk rasa enak dan menyelerakan.
Piza Original Mac & Cheesy menjanjikan cita rasa sungguh lazat dan memuaskan, manakala Mushroom Mac & Cheesy memberikan sentuhan rasa asli yang tersendiri, dengan taburan cendawan dan keju mozarela yang secukupnya.
Ketua Pegawai Eksekutif Serantau Domino’s Malaysia, Singapura, dan Kemboja, Ringo
Joannes berkata, “Di Domino’s, usaha mencipta produk penuh inspirasi yang digemari
rakyat Malaysia menjadi tumpuan kami dan kami yakin tentang satu perkara, iaitu
rakyat Malaysia sememangnya amat menggemari keju.
Data kami menunjukkan secara konsisten bahawa inovasi berasaskan keju sentiasa menarik minat pelanggan, bermula dengan pelancaran Mega Cheese kami pada 2022 dan diteruskan dengan Piza Cheese Volcano dan Piza World Cheese pada 2024.
Sama ada anda seorang pelajar mahupun orang dewasa, produk berasaskan keju dilihat sebagai satu trend utama. Sejajar dengan itu, kami teruja untuk memperkenalkan Piza Mac & Cheesy serba baharu, yang membawakan dua hidangan kegemaran dalam satu pilihan hebat.
Tawaran piza luar biasa ini adalah untuk tempoh terhad sahaja, dan pelanggan boleh menikmati pasta kegemaran mereka dalam bentuk piza, secara eksklusif di Domino’s.”