Membawa semangat perayaan, Domino’s Pizza Enterprises Ltd‘s (Domino’s) akan melancarkan piza terbaru dengan kerak piza berbentuk syiling emas Cina purba, yang memberi rasa luar biasa sempena sambutan Tahun Baharu Cina.
Golden Treasure Pizza menetapkan penanda aras baharu dalam sejarah penciptaan
piza denganmemperkenalkan kerak piza unik dan inti premium, menjanjikan
pengalaman menjamu selera yang sukar dilupakan.
Golden Treasure Pizza baharu ini boleh didapati dalam tiga pilihan yang sungguh menyelerakan. Golden Salmon Pizza dengan Gold Coin Crust yang ditaburi empingan salmon premium, Golden Prawn Pizza dengan Gold Coin Crust berintikan udang bakar lazat dan Golden Popcorn Chicken Pizza yang ditaburi ayam popcorn empuk.
Gold Coin Crust ini ditaburi dengan keju cheddar merah dan diisi dengan keju mozarela. Ketiga-tiga pilihan piza dilapisi dengan sos berkrim Domino’s yang kaya dengan perisa udang karang, ketulan nanas, dan keju mozarela cair untuk menghasilkan keserasian cita rasa yang sempurna.
Bagi mereka yang lebih suka menikmati piza bentuk biasa, Golden Treasure Pizza juga boleh didapati tanpa Gold Coin Crust.
Selain itu, Golden Four Chicken Drummets juga diperkenalkan untuk melengkapi Golden Treasure Pizza dan menjadikan hidangan tambahan sempurna di musim perayaan. Sajian ini disediakan dalam empat perisa menyelerakan, iaitu perisa Asli, Honey Garlic dengan Bawang Putih Goreng Rangup, Oriental Orange dengan Bijan, dan Gochujang dengan Kepingan Cili Kering.
Hidangan 4-dalam-1 ini menawarkan rasa manis, masam dan pedas, mencipta gandingan rasa yang menjadikan momen Golden Treasure anda lebih bermakna dan benar-benar mencerminkan tema “Golden Treasure, Shared Moments”.
Hidangan sampingan lazat Golden Four Chicken Drummets disediakan dalam 16 ketul dan boleh didapati dengan harga RM49.90, amat sesuai untuk sambutan perayaan. Tawaran sah untuk tempoh terhad mulai 7 Januari 2025 dan pelanggan boleh menikmati Golden Treasure Pizza yang baharu dalam saiz Regular dan Large.
Untuk meraih lebih nilai, pelanggan boleh merebut diskaun 50% bagi setiap pembelian Golden Treasure Pizza sepanjang hari.
Sempena pelancaran Golden Treasure Pizza, Domino’s juga memberi penghormatan
kepada rakan-rakan penghantar termasuk Abang-Abang Domino’s, GrabFood, FoodPanda, dan ShopeeFood yang merupakan hero di sebalik tabir.
Menepati tema “Golden Treasure, Shared Moments”, Domino’s telah menganjurkan beberapa aktiviti yang memberi peluang kepada rakan penghantar yang hadir untuk memenangi pelbagai hadiah menarik termasuk baucer petrol, pin tambah nilai e-Dompet Touch ‘N Go dan wang tunai dan juga hadiah utama iaitu sebuah motosikal baharu bernilai lebih RM5,000.
Linda Hassan, Ketua Pegawai Pemasaran bagi Domino’s Malaysia, Singapura dan
Kemboja berkata, “Tahun Baharu Cina ialah perayaan yang meraikan kemakmuran dan
kesatuan hati, dan Golden Treasure Pizza jelas mencerminkan nilai-nilai ini.



































