Menongkah arus di dalam inovasi makanan, Domino’s Pizza Enterprises Ltd (Domino’s) memperkenalkan cetusan terkini, dua burger pada dalam piza.

Pernah terfikir bagaimana rupa atau rasanya? Kini peluang anda untuk nikmatinya sendiri
dengan pelancaran Double Cheeseburger Pizza yang baharu. Dipenuhi dengan kepingan patti daging lembu sebagai topping dan juga dijadikan inti dibakar dalam kerak ban burger, kini yang pertama seumpamanya bagi dua burger dalam satu piza boleh didapati secara ekslusif di Domino’s.

Double Cheeseburger Pizzamenampilkan kerak ban burger berinti patti daging yang disaluti
keju cheddar cair, menjadikan setiap gigitan daripada kerak pengalaman seperti memakan
burger yang sebenar.

Di atasnya, piza ditambah dengan satu lagi lapisan patti daging enak, bersama dengan bawang, jeruk, dan sos burger khas Domino’s yang pertama untuk melengkapkan rasa burger keju klasik.

Piza yang menarik ini terdapat dalam pelbagai perisa, termasuk Double Beef Cheeseburger Pizza (dengan kerak ban burger) dan Double Chicken Cheeseburger Pizza (dengan kerak ban burger).

Pelanggan juga boleh memilih untuk menikmati piza ini tanpa kerak ban burger. Untuk menambahkan lagi kelazatan, pelanggan boleh menambah hirisan daging salai untuk rasa yang lebih nikmat!

Dan apalah hidangan burger tanpa kentang goreng yang lazat sebagai sampingan? Untuk
melengkapkan hidangan, Domino’s juga memperkenalkan Loaded Cheeseburger Crispy
Fries, dihiasi dengan topping patti daging lembu, sos mayo berkrim dan sos burger istimewa.

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini