Telefon pintar HONOR X9c 5G telah mendapat perhatian meluas semasa kemunculan pertama di dalam talian.

Hari ini, HONOR dengan rasminya mengesahkan kedatangan Raja Tahan Lasak generasi baharu di Malaysia dalam masa terdekat. Dibina berikutan kejayaan model sebelumnya, HONOR X9c 5G lebih tahan lasak dengan keutuhan yang dipertingkatkan, menetapkan penanda aras baharu sebagai telefon pintar kelas pertengahan yang amat berkuasa dalam pasaran.

Pertahanan Tiga Tahap Ultra Kukuh HONOR X9c 5G

HONOR meningkatkan lagi ketahanan peranti ini ke peringkat lebih tinggi dengan memperkenalkan HONOR X9c 5G, seterusnya mengukuhkan lagi reputasinya terhadap inovasi.

Dibina untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi pengguna, HONOR X9c 5G dilengkapi dengan Paparan Anti-Jatuhan generasi baharu dan dicipta bagi menahan jatuhan daripada ketinggian sehingga 2 meter.

Apa yang membezakan HONOR X9c 5G berbanding yang lain seumpamanya adalah Kalis Air 360° dan Kalis Calar yang dipertingkatkan bagi memastikan telefon ini dilindungi daripada kegunaan harian.

Dengan tiga ciri teras ketahanan — Anti-Jatuhan, Kalis Air 360°, dan Kalis Calar – HONOR X9c 5G menawarkan Pertahanan Tiga Tahap Ultra Kukuh.

Pendekatan berinovatif ini telah melayakan peranti tersebut mendapat pensijilan SGS Five-Star Comprehensive Reliability Certification berprestij yang pertama dalam industri, sekaligus mengukuhkan lagi komitmen HONOR ke arah menghasilkan peranti berkualiti tinggi dan tahan lasak yang memenuhi cabaran kehidupan moden.

Jaminan yang disokong oleh polisi Perlindungan Tiga Tahap HONOR 

Bagi ketenangan dan meningkatkan keyakinan pengguna, HONOR memperkenalkan program Jaminan Tiga Tahap yang pertama dalam industri.

Pelan perlindungan komprehensif ini mengandungi Perlindungan Retak Depan & Belakang 365 Hari yang meliputi paparan dan kamera. Polisi Penggantian Satu Sama Satu 180 Hari menyediakan pengguna dengan telefon baharu tanpa perlu membaiki telefon.

Manakala Jaminan Bateri 36 Bulan menggantikan bateri sekiranya prestasinya merosot dalam tempoh tiga tahun. Semua ini bergantung dengan terma dan syarat. Dengan jaminan hebat ini, HONOR memastikan pengguna sentiasa senang hati menggunakan peranti mereka dengan keyakinan dan keselamatan jangka panjang.

HONOR Sedia untuk pecah rekod baharu dalam pasaran kelas pertengahan dengan pelancaran HONOR X9c 5G

Susulan kejayaan HONOR X9b 5G sebagai telefon pintar kelas pertengahan berharga atas RM1,200 terlaris di Malaysia bagi 2024, Pengarah Negara HONOR Malaysia, Justin Li yakin HONOR X9c 5G mampu menaikkan lagi reputasi ke tahap yang lebih tinggi.

Dilengkapi dengan ciri-ciri termaju seperti pertahanan tiga tahap dan jaminan tiga tahap, HONOR X9c 5G diselaraskan untuk menetapkan semula standard dan pencapaian baharu dalam pasaran telefon pintar kelas pertengahan yang amat kompetitif.

Dalam pada itu, HONOR bakal mengumumkan tarikh pelancaran rasmi HONOR X9c 5G di Malaysia dalam masa terdekat. Untuk perkembangan dan pengumuman terkini, ikuti laman Facebook rasmi atau kunjungi laman sesawang HONOR Malaysia di https://www.honor.com/my.

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini