Maxis memberikan ganjaran penginapan hotel eksklusif dan pengalaman menjamu selera di restoran berbintang Michelin kepada pelanggan yang membeli iPhone 15 terbaharu dengan pelan Pascabayar Maxis dengan 5G dari 30 Oktober hingga 30 November 2023.

Sepanjang kempen lima minggu ini, 8 pemenang akan dipilih setiap minggu, dengan jumlah seramai 40 pemenang. Pemenang akan menerima pengalaman yang ditanggung
sepenuhnya oleh Maxis, termasuk penginapan 1 malam di Hotel Stripes Kuala Lumpur dan
makan malam di restoran terkenal berbintang Michelin, Dewakan.

Pelanggan sedia ada dan baharu yang membeli mana-mana model iPhone 15 dengan Pelan Maxis yang layak daripada Maxis semasa tempoh kempen akan secara automatik layak mendapat peluang untuk menang.

“Kami ingin menunjukkan penghargaan kami kepada pelanggan kami dengan memberikan
mereka ganjaran melalui pengalaman staycation yang menyeronokkan dan pengalaman
gastronomi yang tidak dapat dilupakan. Pelan Pascabayar Maxis kini dengan 5G, akan
membolehkan pelanggan kami kekal berhubung sepanjang masa dan menikmati
sambungan yang lancar pada iPhone 15 terkini,” kata Arjun Varma, Ketua Pengguna Maxis.

Untuk memiliki iPhone 15 terbaharu, pelanggan Maxis mempunyai fleksibiliti pelan ansuran
sehingga 36 bulan. Layari laman web Maxis untuk butiran harga dan pelan.