Pentas Wayang Production Sdn Bhd muncul dengan Filem Mar Rak arahan seorang pengarah filem, pelakon dan penerbit yang namanya tidak asing lagi dalam industri seni tanah air Malaysia, Dato’ T.S.Jeffry, yang juga merupakan pengarah dalam filem ini.

Filem Mar Rak yang bergenre seram & thriller ini merupakan idea dan cerita asal serta olahan skrip oleh Dato’ T.S.Jeffry sendiri manakala skrip oleh Adza Waty dan Adza Emie.

Filem terbitan Pentas Wayang Production Sdn Bhd menerusi Official Sound Track (OST) Mar Rak ini akan disiarkan secara rasmi di semua platform media sosial Pentas Wayang Production Sdn Bhd & Metrowealth.

Muzik video lagu ‘Seru Cinta’ terbitan Aby Studio and Entertainment menampilkan Kael, Shatirah Amanda, Nina KSC dan Dyvianna James yang juga merupakan pelakon utama filem Mar Rak sebagai penyanyi dalam Official Sound Track ini.

Menariknya, lirik lagu ‘Seru Cinta’ ini telah dihasilkan sepenuhnya oleh pengarah dan penerbit filem Mar Rak, iaitu Dato’ T.S.Jeffry sendiri yang diinspirasikan knusus untuk filem Mar Rak yang berkisarkan kisah percintaan sehingga terpaksa menggadai nyawa.

Berikut merupakan info berkenaan lagu tema filem triller horror ini :

Tajuk Lagu : SERU CINTA
Lirik : Dato’ T.S.Jeffry
Lagu dan muzik : Kabir Bambu
Penyanyi : Kael, Shatirah Amanda, Nina KSC & Dyvianna James
Durasi : 2 minit 20 saat.
Rakaman : Aby Studio and Entertainment Hak Cipta : Pentas Wayang Production Sdn Bhd

Penyanyi dan Pelakon Utama : Kael, Shatirah Amanda, Nina KSC & Dyvianna James.

Filem Mar Rak terbitan PENTAS WAYANG PRODUCTION SDN BHD ini mendapat kerjasama serta edaran METROWEALTH PICTURES yang bakal menemui penonton pada 2 NOVEMBER 2023 di pawagam seluruh Malaysia.