BMW Malaysia mempersembahkan BMW X1 sDrive20i xLine baharu, meluaskan lagi barisan jentera SAV kompak terlaris milik pengeluar kenderaan premium ini yang turut dipasang di dalam negara.
Varian baharu ini membawakan generasi BMW X1 yang ketiga, hadir dengan dimensi yang lebih besar serta iras yang gah.
Hans de Visser, Pengarah Urusan BMW Group Malaysia berkata, BMW meraikan ulang tahun yang ke-20 di Malaysia pada tahun ini dan berbesar hati untuk melihat kejayaan yang berjaya dilakar sebagai sebuah jenama menerusi komitmen untuk melabur dalam industri automotif tempatan.
“Bermula dari pengasasan kilang pemasangan kami di Kulim 15 tahun yang lalu, hingga ke penyerahan kenderaan BMW ke-100,000 yang dipasang di dalam negara pada tahun lepas – siri model BMW X1 telah menjadi saksi dan menunjangi detik-detik yang bersejarah ini.
“Generasi SAV ketiga tersebut yang dipasang secara domestik bukan sahaja membuktikan keyakinan kami ke atas pasaran Malaysia, tapi juga sokongan padu yang kami terus terima daripada para pelanggan setia di sini.”
BMW X1 sDrive20i xLine hadir dengan reka bentuk unik serba baharu dan susuk yang gah,
disempurnakan dengan ruang interior yang luas – disumbang oleh dimensi SAV ini yang lebih besar.
Interior BMW X1 yang penuh sofistikasi lagi menawan turut dinaik taraf dengan rangkuman
BMW Curved Display serta BMW Live Cockpit Plus, dikuasakan oleh BMW Operating System 8.
Menjadi jantung BMW X1 baharu ialah enjin Twin Power Turbo dua liter, empat silinder yang
mampu menjana 204 kk.
Harga runcit bagi BMW X1 sDrive20i xLine baharu dengan Waranti Lanjutan dan Pakej Servis, termasuk Cukai Jualan dan Perkhidmatan (atas jalan, tanpa insurans) ialah:
BMW X1 sDrive20i xLine Baharu RM259,800.00