Volvo Car Malaysia akan memperkenal pengemaskinian dan perubahan dalam rangkaian kenderaan elektrik hibrid plug-in (PHEVs) baharu, iaitu Volvo XC90, XC60, S90, S60 dan V60 bagi tahun 2024.

Pengemaskinian tersebut akan disertakan dalam model yang dikeluarkan mulai September, dan ia turut menampilkan warna baharu yang bergaya, Vapour Grey.

Selaras dengan aspirasi Volvo ke arah elektrifikasi, semua model elektrik hibrid plug-in Volvo 2024 akan dilengkapi dengan pengecas bersepadu (on-board charger, ataupun OBC) yang boleh menampung sehingga 6.4 kilowatt (kW) dengan pengecasan dua atau tiga fasa untuk tempoh pengecasan yang lebih pendek, ataupun kembali ke mod 3.6 kW bagi pengecasan fasa tunggal.

* Naik taraf ini membolehkan pemilik menikmati perjalanan menggunakan kuasa elektrik sepenuhnya dengan lebih lancar dengan tempoh pengecasan yang lebih kurang.

“Sejak pelancaran Volvo XC90 Recharge pada tahun 2016, iaitu kereta hibrid plug-in pertama yang pemasangannya dibuat di Malaysia, setiap kenderaan yang kami perkenalkan
membolehkan kami mencapai matlamat untuk menjadi pembuat kenderaan elektrik premium yang terkemuka di ASEAN,” kata Charles Frump, Pengarah Urusan Volvo Car Malaysia.

“Ciri-ciri yang dipertingkatkan untuk model Volvo 2024, terutamanya kelajuan pengecasan
yang dipertingkatkan untuk rangkaian hibrid plug-in yang terkini, memperkasakan pemandu dalam penggunaan kuasa elektrik sepenuhnya sepanjang perjalanan harian mereka di samping memberi keyakinan untuk mengambil langkah ke arah masa depan yang digerakkan sepenuhnya oleh kuasa elektrik dengan Volvo.”

Antara ciri luaran yang dipertingkatkan bagi model Volvo 2024 adalah bumbung kaca panoramik yang dijadikan ciri standard bagi semua model. Sementara itu, Volvo S90
Recharge akan dilengkapi dengan reka bentuk roda lapan jejari baharu, manakala V60
Recharge dan S60 Recharge akan didatangkan dengan versi enam jejari yang baharu.

Ciri-ciri utama yang dikemas-kini bagi rangkaian model Volvo 2024 termasuklah:
 Pengecas bersepadu (OBC) 6.4 kW 2 fasa bagi semua model baharu PHEV.*
 Perkhidmatan Digital percuma selama lima tahun termasuk akses kepada Google Assistant, Google Maps, Google Play Store dan fungsi kawalan jauh bagi aplikasi Volvo Cars untuk semua model baharu.
 Vapour Grey, pilihan warna baharu untuk semua model sebagai tambahan kepada
warna sedia ada iaitu Onyx Black, Crystal White, Denim Blue dan Platinum Grey.
 Bumbung kaca panoramik dijadikan ciri standard bagi semua model.
 Reka bentuk rim baharu untuk Volvo S90 Recharge, Volvo V60 Recharge dan Volvo
S60 Recharge.
 Tambahan app YouTube kepada sistem infotainment Google built-in.**

Volvo XC90 Recharge kekal sebagai satu-satunya SUV PHEV tujuh tempat duduk yang
boleh didapati di pasaran Malaysia, dengan suspensi udara aktif dan jarak elektrik tulen
sehingga 77km untuk memboleh perjalanan harian yang bebas daripada emisi paip ekor
tanpa penggunaan petrol.

Model Volvo yang dikemas-kini akan berada di pasaran mulai September 2023. Pelanggan
yang berminat boleh membuat janji temu untuk memandu uji model Volvo XC90, XC60, S90, S60 dan V60 2024 melalui laman web Volvo Car Malaysia di sini.