UEM Edgenta Berhad (UEM Edgenta), syarikat Pengurusan Aset dan Penyelesaian Infrastruktur yang terkemuka di rantau ini, mengumumkan pencapaian cemerlangnya sebagai penerima “World Sustainability Icon Leadership Lifetime Achievement Award”.

Anugerah itu disampaikan kepada Syahrunizam Samsudin, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif UEM Edgenta, serta “Outstanding World ESG Impact Award” yang mengiktiraf usaha kelestarian UEM Edgenta di acara 2023 World Green & Sustainability Summit (“WGSS”) baru-baru ini.

Dianjurkan oleh World Green Organization (“WGO”), United Nations Global Compact (“UNGC”), dan KSI Strategic Institute for Asia Pacific (“KSI”), WGSS, yang dihoskan bersama oleh Kerajaan Sarawak, menghimpunkan pegawai kerajaan, pemimpin-pemimpin industri, pakar akademik dan wakil masyarakat dengan matlamat bersama bagi memupuk perkongsian awam-swasta-rakyat bagi pertumbuhan hijau yang mampan dan inklusif, sejajar dengan Matlamat Pembangunan Mampan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu No. 16 – “Kerjasama demi Matlamat.”

Majlis ini turut dimeriahkan dengan kehadiran, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari, Premier Sarawak Sidang kemuncak berprestij ini bertujuan untuk menangani isu global yang mendesak, termasuk perubahan iklim, pelaburan mampan dan kewangan hijau, sambil memperjuangkan prinsip Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (“ESG”) untuk mempromosikan ekonomi yang lebih hijau dan dunia yang lebih baik untuk semua.

Sumbangan luar biasa UEM Edgenta kepada arena kemampanan dalam memperjuangkan prinsip ESG secara aktif telah berjaya memperoleh penghormatan tersendiri dengan menerima dua anugerah berprestij, sekaligus membuktikan komitmen Syarikat yang tidak berbelah bahagi dalam mempromosikan dan memupuk masa hadapan yang mampan.

Syahrunizam Samsudin, menzahirkan rasa gembira atas pencapaian penting ini, menyatakan, “Penganugerahan “Outstanding World ESG Impact Award” ini merupakan pengiktirafan yang padu terhadap dedikasi tanpa henti kami kepada kelestarian alam sekitar dan usaha tanpa jemu kami untuk memacu impak positif dalam komuniti di mana kami berkhidmat.