Para peminat sukan permotoran maya dan realiti berpeluang untuk menyaksikan filem “Gran Turismo: Based on a True Story” oleh Sony Pictures di layar lebar mulai 25 Ogos, dan Michelin merupakan rakan tayar rasmi bagi filem ini.

Gran Turismo adalah berkisarkan sebuah kisah benar mengenai satu pasukan kerdil –
terdiri daripada seorang pemain game yang membanting tulang sebagai pekerja kelas
pertengahan (Archie Madekwe), bekas pelumba kereta yang gagal dalam kerjayanya (David Harbour), serta seorang eksekutif sukan permotoran yang bersifat idealistik (Orlando Bloom).

Mereka berganding bahu untuk mengambil risiko untuk bersaing dalam sukan yang paling elit di dunia. Gran Turismo padat dengan aksi dan penuh dengan inspirasi, ia menunjukkan bahawa tiada apa yang mustahil jika azam anda cukup besar.

Penggambaran Gran Turismo telah dijalankan di litar-litar lumba serata dunia, termasuk Slovakia Ring, Dubai Autodrome, Nürburgring, Red Bull Ring di Austria, dan Hungaroring.

Dalam filem “Gran Turismo: Based on a True Story” oleh Sony Pictures, semua kereta dipasangkan dengan antara dua jenis tayar Michelin yang paling inovatif, dirumus untuk
prestasi ultratinggi di atas litar lumba, iaitu MICHELIN Pilot Sport 4 S dan MICHELIN Pilot
Sport Cup 2R.

Dalam sebuah filem yang sebahagian besarnya menampilkan kereta-kereta lumba berprestasi tinggi, Michelin tidak teragak-agak untuk menampilkan tayar yang ia gelarkan
“confidential”, yang direka dengan aneka teknologi canggih seperti yang digunakan oleh
jentera-jentera dalam persaingan Le Mans dalam dunia sebenar.

Penglibatan Michelin dalam filem Sony Pictures adalah berjajaran dengan kolaborasinya bersama permainan video Gran Turismo 7, iaitu iterasi ketujuh francais permainan video
tersebut yang diterbitkan buat julung kali pada tahun 1997 oleh Polyphony Digital Inc., anak syarikat milik Sony Interactive Entertainment Inc.

Sebagai sebahagian daripada usaha bersama Sony, Michelin membekali Gran Turismo 7 dengan tayar perlumbaan yang tercanggih di dunia, yang bukan sahaja terlahir menerusi
kepakaran unik syarikat ini dalam bidang pemodelan tayar matematikal, tapi juga data-data pintar yang ia kumpul melalui sukan permotoran antarabangsa dalam dunia sebenar.

Prototaip Hypercar dan GTP realiti generasi terkini bagi Le Mans, FIA World Endurance Championship dan IMSA WeatherTech SportsCar Championship semuanya menggunakan
tayar Michelin yang dibangunkan 100% dalam bentuk maya menggunakan simulator.

Sebagai perniagaan yang berasaskan data, Michelin Group juga telah melabur dalam teknologi-teknologi simulasi yang paling inovatif lagi canggih bagi aneka produknya, yakni
bersama rakan-rakan pengusaha automobilnya sementara mereka sendiri giat membangunkan model-model baharu.