BMW Malaysia memperkenalkan BMW iX M60, jentera SAV elektrik yang sulung dalam segmen kenderaan sport berprestasi tinggi mereka, di samping dua varian BMW M2 –jentera coupé kompak berprestasi tinggi daripada BMW M.

Langkah ini terus membuktikan komitmen pengeluar kenderaan premium ini untuk menginovasi janji ‘Sheer Electric Driving Pleasure’ dengan kuasa yang mendefinisikan ‘Ultimate Driving Machine’ berkenaan.

Tahun 2023 juga telah menjadi satu detik yang penting bagi seluruh portfolio, dengan
pengenalan beberapa model rintis BMW i dan BMW M Performance dalam tempoh enam bulan yang pertama, termasuk BMW i4 M50 dan BMW XM yang sulung.

Sebagai model SAV elektrik yang sulung bagi portfolio BMW M, BMW iX M60 menampilkan aneka teknologi canggih berserta karakteristik pemanduan yang luar biasa seperti yang dijanjikan oleh jentera-jentera M Performance.

Sementara itu, BMW M2 terbaharu hadir dalam bentuk coupé kompak dua pintu dengan iras yang paling gah pernah dilihat dalam kelasnya. BMW M2 turut mencerminkan kecemerlangan BMW M3 dan BMW M4, disempurnakan dengan casis yang berpaksikan teknologi litar lumba.

Jentera elektrik BMW iX M60 yang sulung

BMW iX M60 mampu menjana output maksimum mencecah 455 kW/619 kk serta jarak operasi elektrik sejauh 561 kilometer (WLTP) – menjadikannya antara model elektrik terpantas dalam portfolio kenderaan Malaysia prestasi yang bertaraf premium oleh BMW, disumbang oleh ciri aerodinamik yang optimum dengan pekali seretan (drag coefficient) serendah 0.26.

Juga sempurna bersama rekaan bunyi serba emotif daripada BMW M IconicSounds Electric yang digubah oleh Hans Zimmer, fungsi Launch Control yang membolehkan jentera ini meledak dari posisi henti dengan nilai torknya yang menjangkau 1,100 Nm berserta kuasa
maksimum sebanyak 619 kk, mencapai 100 km/j dengan pecutan bebas gelincir dalam masa 3.8 saat sahaja dengan kelajuan tertingginya yang mencecah 250km/j.

Harga runcit (atas jalan, tanpa insurans) BMW iX M60 baharu dengan Waranti Lanjutan dan Inklusif Servis & Pembaikan BMW ialah: BMW iX M60 – RM630,800.00

BMW M2 Baharu

Dari hadapan, BMW M2 baharu membawakan rekaan gril ‘kidney’ yang terkini, distingtif dan tidak berbingkai, bilah-bilahnya boleh dilihat tersusun secara mendatar. Melengkapkan iras jentera ini yang gah ialah komponen apron dan salur masuk udara bersaiz besar dan seakan bersegi empat, yang menonjolkan keperluan enjin dan sistem brek ke atas daya penyejukan yang tinggi.

Turut hadir bersama ialah lampu hadapan Adaptive LED dengan ciri bantuan lampu puncak, di samping sayap depannya yang diperbuat daripada aluminium bagi mengurangkan berat coupé berprestasi tinggi ini.

Menyimpulkan seksyen hadapan ialah sebuah bonet dengan kubah kuasa yang lebih menyerlah.

Dari sisi, BMW M2 baharu dilihat memanfaatkan permukaan-permukaan yang besar serta konsep segi empat untuk konfigurasi pembahagian kereta yang klasik disebut sebagai “three-box”.

Ditonjolkan dengan skirt sisi yang lebar serta arkus roda yang mengembang, BMW M2 tampak lebih ekstrovert selain mendekati seni reka bentuk BMW klasik dengan cara yang inovatif.

Sementara itu, BMW M2 juga menampilkan angkup brek biru dan set roda aloi ringan M berciri dwiruji dan dwiwarna 930 M berserta pasangan saiz tayar yang berbeza – 19 inci untuk hadapan dan 20 inci untuk belakang.

Harga runcit (atas jalan, tanpa insurans) bagi BMW M2 dan BMW M2 Pro baharu dengan Waranti Lanjutan dan Inklusif Servis & Pembaikan BMW ialah:

BMW M2 Baharu RM 598,800.00
BMW M2 Baharu dengan Pro Package RM 642,800.00