Commerce Access Sdn. Bhd (CASB), yang dikenali sebagai syarikat Sumber Luar Proses Perniagaan (BPO) dan Digital Paper Sdn. Bhd. (DPSB), penyedia perkhidmatan solusi awan, telah menjalin kerjasama untuk memperkenalkan teknologi terkini di Pusat Hubungan sebagai Perkhidmatan (CCaaS) kepada Malaysia menerusi platform CCaaS terkemuka yang dikenali sebagai Talkdesk.
Kerjasama strategik antara CASB dan DPSB bertujuan untuk memenuhi permintaan yang meningkat bagi penyelesaian pusat hubungan termaju yang mengoptimumkan kecekapan operasi, seterusnya memberikan kepuasan kepada pelanggan.
Talkdesk telah diiktiraf sebagai peneraju dalam Gartner® Magic Quadrant™ untuk CCaaS selama empat tahun berturut-turut serta tersenarai dalam Forbes Cloud 100.
Sebagai platform berasaskan awan yang dikuasakan oleh Teknologi AI termaju, Talkdesk membolehkan perniagaan menyediakan pengalaman pengguna yang intuitif dan interaksi yang lancar merentasi berbilang saluran komunikasi.

Melalui penyelesaian yang termaju ini, syarikat boleh memberikan pengalaman pelanggan yang luar biasa tanpa dibebani oleh pelaburan perkakasan yang mahal dan dengan masa pelaksanaan yang lebih pantas.
Menurut Observe AI, pusat-pusat hubungan mempunyai metrik KPI yang memberi tumpuan kepada skor pengalaman pelanggan (sebanyak 55%) dan skor kepuasan pelanggan (sebanyak 58%). Syarikat-syarikat global juga telah mengembangkan modal pelaburan yang tinggi untuk memperoleh perisian pusat hubungan di mana sebanyak $24 bilion telah dibelanjakan dan jangkakan lebih banyak pelaburan akan dibuat pada masa akan datang.
“Kami teruja untuk mengumumkan kerjasama kami bersama Talkdesk dan DPSB. Kerjasama ini membolehkan kami menyediakan penyelesaian lengkap yang menggabungkan perkhidmatan terbaik dengan teknologi terkini,” kata Afidah Kamarudin, Naib Presiden CASB.
“Platform CCaaS yang merupakan peneraju industri Talkdesk melengkapkan komitmen kami untuk memberikan pertumbuhan perniagaan yang berkesan kepada pelanggan kami. Kami akan sama-sama berusaha mengukuhkan perkongsian yang dibina atas kepercayaan dan faedah bersama,” tambahnya lagi.

Rickie Liew, Pengarah Urusan DPSB, yang turut teruja dengan perkongsian tersebut berkata, “Kami sangat gembira dapat bekerjasama dengan CASB, sebuah syarikat yang memiliki reputasi yang tinggi.
“Kerjasama ini membolehkan kami meluaskan capaian kami di Malaysia dan menawarkan lebih banyak peluang kepada perniagaan untuk memanfaatkan kuasa platform CCaaS kami yang terkini.”
Dalam respons terhadap kepentingan yang semakin meningkat ini, Commerce Access Sdn. Bhd (CASB), sebuah syarikat yang terkenal dengan Penyumberan Luar Proses Perniagaan (BPO) dan Digital Paper Sdn. Bhd. (DPSB), penyedia perkhidmatan penyelesaian awan, secara rasmi telah bergabung untuk memperkenalkan satu platform CCaaS terkemuka yang dikenali sebagai Talkdesk, yang merupakan sebuah teknologi Pusat Hubungan sebagai Perkhidmatan (CCaaS) terbaharu untuk Malaysia.





































