Telefon pintar midrange baharu Siri HONOR 90 5G telah mendapat sambutan hangat apabila ramai pelanggan berpusu-pusu beratur di luar premis kedai HONOR untuk menjadi antara yang terawal memiliki peranti termaju ini.
Bagi memahami kehendak pelbagai lapisan pengguna di Malaysia, HONOR telah
melancarkan tiga spesifikasi Siri HONOR 90 5G iaitu versi 12GB RAM + 512GB ROM dan 12GB RAM + 256GB ROM.
Manakala, HONOR 90 Lite 5G ditawarkan dalam 8GB RAM + 256GB ROM. Pelanggan kini boleh memilih peranti mengikut kemampuan dan kehendak mereka.
“Saya mula beratur pada jam 8.20 pagi untuk beli HONOR 90 5G. Sebagai pengguna baru HONOR, saya berpendapat harga HONOR 90 5G sangat berpatutan di pasaran Malaysia dan rakan yang pernah guna HONOR 70 5G memberi maklum balas yang positif mengenainya. Oleh itu, saya mahu beli 2 unit HONOR 90 5G hari ini,” kata MartinLim, pembeli pertama HONOR 90 5G di HONOR Store Pavilion Bukit Jalil.
Seorang lagi pembeli HONOR 90 5G, CK Chong meluahkan keseronokan menggunakan telefon baharu ini. Chong memberitahu menjadi peminat Siri N selepas HONOR 50 5G diperkenalkan.
“Ini kali pertama HONOR membawa versi 12GB RAM dan 512GB ROM untuk Siri N ke pasaran tempatan. Ini membuat saya tertarik untuk memiliki HONOR 90 5G,” katanya.
HONOR 90 5G adalah pilihan utama telefon pintar kelas pertengahan hingga atasan
kebanyakan pengguna di Malaysia disebabkan dua kelebihan berikut:
1) HONOR 90 5G – Perlindungan Mata dengan Pengaturan Cahaya Tanpa Risiko
Peminat pastinya jatuh hati dengan revolusi teknologi HONOR 90 5G, iaitu Perlindungan Mata dengan Pengaturan Cahaya Tanpa Risiko yang mendapat pengiktirafan TÜV Rheinland. Disebabkan terlalu lama terdedah dengan cahaya skrin, ramai pengguna telefon pintar semakin berisiko mendapat masalah rabun dan keletihan mata.
HONOR yang peka terhadap isu ini mengambil langkah untuk melengkapi HONOR 90
5G dengan teknologi Perlindungan Mata dengan Pengaturan Cahaya Tanpa Risiko
3840Hz.
Teknologi ini adalah yang pertama di dunia dan HONOR 90 5G berjaya mengatasi standard perlindungan mata bebas kerlipan IEEE. Teknologi tersebut dapat melindungi pengguna daripada kerlipan OLED yang menjejaskan boleh mata, memberi pengalaman pemandangan yang lebih selamat dan selesa buat pengguna.
HONOR 90 5G – Revolusi Fotografi
Tampil lain dari yang lain, kehebatan HONOR 90 5G yang tiada tandingan bersandarkan pada kualiti pengimejannya. Tidak seperti telefon pintar lain yang mementingkan kualiti foto hanya berdasarkan jumlah piksel atau sensitiviti cahaya, HONOR 90 5G memiliki lebih dari itu.
Dengan keistimewaan Kamera Super Sensing 200MP dan Kamera Depan Super Clear 50MP, HONOR 90 5G megah dengan sistem pengimejan berdefinisi tinggi termaju pada lingkungan harga yang ditawarkan.
Pengesan cahaya ultra besar 1/1.4 inci meningkatkan lagi prestasi dalam suasana cahaya yang mencabar, memastikan hasil yang terbaik walaupun dalam cahaya belakang atau malap. Ciri-ciri maju ini pastinya membuatkan peminat teruja dengan keupayaan HONOR 90 5G melancarkan tugasan harian mereka.
Roadshow One Utama HONOR 90 5G – Bawa Pulang Hadiah Percuma Bernilai Sehingga RM13,900 Terlepas jualan hari pembukaan HONOR 90 5G? Usah bimbang, HONOR bakal
menyediakan kejutan untuk pengunjung pada jerayawara yang akan berlangsung di
pusat beli-belah 1 Utama, Bandar Utama bermula 26 hinga 30 Julai ini!
Pembeli HONOR 90 5G jerayawara 1 Utama berpeluang membawa pulang hadiah menarik
bernilai sehingga RM13,900!
Jerayawara ini turut bakal menampilkan pempengaruh teknologi, Ke En yang akan menghiburkan pengunjung pada 29 Julai, jam 1 tengah hari hingga 3 petang. Peminat
selebriti China, Yang Yang juga boleh mengambil bahagian untuk berpeluang memenangi hadiah istimewa. Selain itu, pengunjung boleh mencuba minuman baharu unik gabungan Pepsi & Zus.
Siri HONOR 90 5G terus membuatkan pengguna terpesona dengan teknologi termaju dan ciri-ciri yang inovatif, menjadikannya peranti yang harus dimiliki bagi pencinta teknologi yang mendambakan prestasi tiada tandingan dan pengalaman penggunaan yang hebat. Jangan lepaskan peluang untuk menyertai Jerayawara 1 Utama dan merasai keseronokan sepanjang kempen pelancaran ini!