Para tetamu dan media bakal menjadi individu pertama untuk bertemu barisan pereka tempatan serta antarabangsa menerusi acara eksklusif “sneak-peek” Kedah Fashion Week 2023 yang akan berlangsung di Collab Store, The Shoppes, Four Seasons Place, di mana acara berkenaan akan menjadi sebuah platform penting dalam penetapan trend serta penghasilan rekaan yang menawan.

Acara yang amat dinanti-nantikan ini, iaitu Kedah Fashion Week 2023, yang bakal membuka tirainya mulai 4 hingga 6 Ogos di kompleks beli-belah Aman Central di Kedah ini bakal mencipta sensasi dengan pertunjukan fesyen selama tiga hari, selain menjadi medan untuk meraikan semua aspek melibatkan fesyen di Wilayah Utara.

Dengan bertemakan “Big Bang”, acara yang penuh gemerlapan ini menjanjikan tahap glamor yang unggul, pengalaman yang tidak dapat dilupakan serta pameran visual menakjubkan yang dilihat bakal menjangkau pencapaian penganjuran edisi sebelumnya.

Namun begitu, matlamat penganjurannya tetap sama iaitu untuk mewujudkan peluang yang tiada tandingan kepada para pereka baharu dalam memperagakan kemampuan seni mereka, meraih pengiktirafan, sekali gus membuka jalan kepada komuniti fesyen yang aktif dan berkembang maju di Wilayah Utara.

Dengan memasuki edisi ke-6, acara ini dijangka mengembalikan momentum kejayaan tahun lalu selepas berehat seketika, di samping memberi sumbangan signifikan kepada industri fesyen dan pelancongan tempatan.

Kedah Fashion Week 2023 juga dijangka membuka peluang kerjaya menerusi pembukaan jenama gaya hidup baharu di Aman Central, yang seterusnya dapat memperkayakan lagi pengalaman pelanggannya.

Para hadirin bakal disajikan dengan barisan pertunjukan dan pameran fesyen yang menarik
hasil rekaan pereka fesyen tempatan dan antarabangsa yang baharu serta terkemuka, label-label fesyen dan pelbagai jenama gaya hidup lain.

Aman Central, yang terkenal sebagai kompleks beli-belah yang paling kerap dikunjungi di negeri ini,, telah mencatat pertumbuhan trafik pengunjung luar biasa, pulih sehingga mencapai 95 peratus daripada jumlah pelanggannya yang dicatatkan pada 2019.

Dianggap sebagai hab gaya hidup kreatif di Wilayah Utara, kompleks beli-belah ini adalah lokasi yang ideal untuk Kedah Fashion Week tahun ini.