Perbandaran Seremban 2 (S2), projek yang dimajukan IJM Land, telah berkembang pesat dan meraih pelbagai anugerah berprestij sejak mula dibangunkan pada 1995.

Perkembangan dalam perbandaran serba lengkap ini telah melonjakkan permintaan, bukan sahaja untuk hartanah kediaman, malah membabitkan komponen komersialnya.

Dengan kadar kependudukan semasa berjumlah 62,000 orang, populasi di S2 dijangka mencatatkan pertumbuhan luar biasa dan diunjurkan melebihi 100,000 penduduk setelah projek berkenaan siap sepenuhnya sejajar dengan trajektori pertumbuhan pembangunan sekitar.

Selain kadar kependudukan, kehadiran pelawat yang semakin meningkat juga merancakkan lagi perusahan komersial.

Nexus, sebagaimana ertinya pusat atau titik fokus,merujuk kepada pusat tumpuan, akan menjadi hab komersial yang terlaris dengan menawarkan rangkaian kedai gaya hidup berstatus pegangan bebas, sambil berfungsi sebagai pintu masuk kepada ketersambungan, kemudahan dan keunggulan komponen komersial.

Bagi memenuhi keperluan penduduk dan pelawat, penawaran pelbagai jenis konstituen
komersial adalah aspek yang amat penting. Justeru, Nexus Seremban 2, yang terletak dengan strategik di tengah-tengah perbandaran, memiliki potensi besar untuk menjadi hab komersial yang berkembang pesat.

Dengan kedudukannya yang, Nexus Seremban 2 menawarkan peluang unggul kepada
perniagaan-perniagaan untuk bertapak dalam komuniti yang dinamik dan terus berkembang ini.

Dengan menjadi sebahagian daripada Nexus Seremban 2, perniagaan-perniagaan boleh
memanfaatkan infrastruktur dan kemudahan sedia ada di perbandaran berkenaan.

Kawasan pembangunan ini dilengkapi dengan kemudahan moden, termasuk hartanah kediaman, institusi pendidikan, pusat penjagaan kesihatan, dan ruang rekreasi yang akan terus menarik pelanggan berpotensi secara berterusan.

Selain daya tarikan komersialnya, Nexus Seremban 2 juga menawarkan peluang kepada perusahaan untuk mengembangkan rangkaian dan mewujudkan kerjasama baharu.

Kewujudan pelbagai perniagaan dalam hab berkenaan juga akan mencipta pelbagai peluang sinergi yang boleh diterokai. Persekitaran ini akan turut menyumbang kepada kejayaan perniagaan yang beroperasi di Nexus Seremban 2.

Pembangunan Nexus dibahagikan kepada dua fasa, dengan satu fasa khusus untuk komponen pejabat kedai gaya hidup, manakala satu lagi fasa dicadangkan sebagai tanah pusat komersial yang berpotensi untuk dibangunkan menjadi ruangan runcit pada masa hadapan.

Sejumlah 166 kedai pegangan bebas akan dibina di atas plot seluas 21.42 ekar ini.