Kumpulan syarikat penerbangan AirAsia termasuk AirAsia Malaysia, AirAsia Thailand, AirAsia Filipina dan kumpulan syarikat penerbangan jarak sederhana AirAsia X Malaysia dan AirAsia X Thailand telah dianugerahkan Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Asia oleh AirlineRatings.com pada Anugerah Kecemerlangan Syarikat Penerbangan tahunannya.
Dilancarkan pada tahun 2001 oleh Datuk Kamarudin Meranun dan Tan Sri Tony Fernandes dengan hanya dua buah pesawat, AirAsia telah mengalami pertumbuhan yang menakjubkan sejak dua dekad lalu dan menjadi mendominasi rantau Asia, serta mempunyai jumlah pesawat dan destinasi terbesar di rantau ini.
Kecemerlangan syarikat penerbangan yang berpangkalan di Asean ini adalah salah satu kisah kejayaan besar industri penerbangan. Lebih-lebih lagi apabila ia terpaksa menghadapi pelbagai krisis, ditambah pula dengan cabaran kekangan oleh kerajaan tempatan untuk melindungi syarikat penerbangan nasional masing-masing.
Syarikat-syarikat penerbangan di bawah Kumpulan AirAsia terus melakar sejarah dalam industri penerbangan di Asia dan global.

Ketua Pengarang AirlineRatings.com Geoffrey Thomas berkata bahawa kemenangan ini “amat wajar.”
“Tan Sri Tony Fernandes dan Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X Malaysia Benyamin Ismail telah melakukan tugas yang cemerlang dalam membimbing kumpulan syarikat penerbangan ini untuk mendominasi pasaran mereka.”
“Kumpulan syarikat penerbangan ini telah menjadikan perjalanan mampu milik untuk ratusan juta penumpang di seluruh Asia, dan mereka menawarkan nilai yang luar biasa serta pengalaman perjalanan yang hebat.”
Ketua Pegawai Eksekutif Capital A, Tan Sri Tony Fernandes berkata: “Kami berasa rendah diri untuk menerima anugerah ini selepas melalui antara cabaran terbesar dalam sejarah industri penerbangan dan kami berterima kasih kepada pakar di AirlineRatings.com atas sokongan berterusan mereka dan menghargai kecemerlangan penerbangan.
“Sebagai sebuah platform ekosistem penerbangan dan pengembaraan terkemuka, kami akan terus memberikan nilai terbaik merentas semua perniagaan kami, termasuk platform airasia Superapp (yang mempunyai syarikat penerbangan, hotel, e-panggilan, makanan), teknologi kewangan, penyelenggaraan pesawat, dan kargo, yang merupakan antara yang paling pesat berkembang di rantau Asia Tenggara.”





































