Seramai 750 pengayuh basikal beriadah santai dan ceria pada pagi Ahad tanpa kehadiran kenderaan di jalan raya, menikmati pemandangan indah bandar Ipoh yang tenang.
Mereka merupakan peserta acara Isuzu Fun Ride 2023 yang dianjurkan oleh Weng Fatt Otomobil, satu daripada pengedar sah Isuzu Malaysia, sempena pembukaan rasmi wajah baru pusat 3S syarikat itu, baru-baru ini.
Acara ini disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Pasir Pinji, Goh See Hua bersama Ketua Pegawai Eksekutif Isuzu Malaysia, Shunsuke Okazoe, serta Ketua Pegawai Operasi, Kenkichi Sogo dan Pengarah Weng Fatt Otomobil, Cheng Kah Yik yang turut ikut serta dalam kayuhan lebih pendek sejauh 3 km bersama peserta.
![]()
Bercakap ketika permulaan acara, Goh memuji Isuzu Malaysia dan Weng Fatt Otomobil
kerana menganjurkan acara yang meraikan aktiviti mesra alam dan dalam masa sama,
menyelami sisi Ipoh yang lebih hening.
“Acara seperti ini tidak hanya akan membolehkan peserta lebih menghargai bandar-bandar
dengan pesona uniknya yang tenang, tetapi juga sebuah acara kayuhan yang sesuai untuk
semua tahap pengayuh. Semoga organisasi lain juga akan mengambil inisiatif menganjurkan acara seumpamanya yang membolehkan kita lebih menghargai bandar yang kita diami,” jelas Goh.
Isuzu Fun Ride 2023 bermula dari kemudahan 3S Isuzu di Jalan Raja Permaisuri Bainun dan meliputi jarak 40 km melalui pelbagai kawasan di sekitarnya, sebelum kembali semula ke bilik pameran berkenaan di mana peserta disambut dengan hidangan ringan dan mencuba nasib dalam peraduan cabutan bertuah.

“Sebagai sebuah jenama yang prihatin terhadap alam sekitar sebagai teras perniagaannya,
Isuzu selalu peka terhadap keperluan untuk membangunkan masyarakat yang bertanggungjawab dan sihat. Acara seperti ini menyediakan peluang tersebut untuk
mewujudkan aktiviti bersama keluarga yang menyeronokkan serta sihat,” jelas Okazoe.
Isuzu Fun Ride di Ipoh akan menjadi pemula kepada aktiviti sama di tempat lain seperti yang sedang dirancang oleh pengedar Isuzu di seluruh negara. Ikuti pengumuman semasa di pickuptruck.isuzu.net.my atau https://www.facebook.com/ISUZU.DMax.Malaysia/.




































