BMW Motorrad Malaysia hari ini telah merungkaikan jentera BMW R 1250 R dan BMW R 1250 RS yang baharu, hadir bersama aneka ciri kefungsian serba inovatif yang melengkapi sifat dinamik jentera jelajah sport yang mempesonakan ini.

Hans de Visser, Pengarah Urusan BMW Group Malaysia berkongsi, “Asal usul BMW Motorrad yang gemilang telah dicorak melalui inovasi, menjanjikan kemajuan yang luar biasa dan bersofistikasi dengan matlamat untuk memenuhi keperluan para peminat motosikal di seluruh dunia yang pelbagai.

Di Malaysia, kita dapat merasai bahang semangat warga tempatan terhadap jentera beroda dua, yang terus menyala usaha kami untuk meluaskan barisan produk motosikal yang kami bawakan untuk setiap segmen.”

Sebagai jentera jelajah sport, BMW R 1250 R dan BMW R 1250 RS baharu dilengkapi secara standard dengan BMW Integral ABS Pro, iaitu sistem pembrekan yang dirumus untuk memperkayakan aspek keselamatan, khususnya semasa membelok.

Turut dirangkumkan secara standard ialah Kawalan Brek Dinamik (DBC),

Harga runcit (atas jalan, dengan Waranti 3 Tahun serta Program Bantuan Tepi Jalan 3 Tahun oleh BMW Motorrad Malaysia, tanpa insurans) bagi BMW R 1250 R dan BMW R 1250 RS baharu ialah:

BMW R 1250 R Baharu RM 114,500.00
BMW R 1250 RS Baharu RM 118,500.00