AirAsia berbangga untuk menyokong kempen #BeyondTheGames di bawah Kesatuan Persekutuan Belia Kemboja (UYFC) dalam menyokong Kemboja menjadi tuan rumah Sukan Asia Tenggara (SEA) 2023 akan datang.

Sukan SEA Kemboja 2023 adalah acara Sukan SEA pertama yang dihoskan oleh negara itu. Bagi menyokong kempen itu, AirAsia telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan UYFC merangkumi kerjasama komersial dan perkongsian strategik antara syarikat penerbangan dan organisasi itu, termasuk mempromosikan jenama AirAsia semasa kempen tersebut.

Sempena majlis menandatangani MoU tersebut, AirAsia turut melancarkan pesawat dengan rekaan khas #BeyondTheGames yang akan diterbangkan merentasi rangkaian domestik dan antarabangsa AirAsia Malaysia (AK) yang luas, terutamanya di rantau Asean.

Ini menawarkan peluang besar untuk mempromosikan sektor pelancongan Kemboja semasa dan selepas acara sukan tersebut.

Pesawat dengan rekaan khas tersebut telah dilancarkan oleh Vissoth Nam, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Cambodia dengan kehadiran Sok Sabayna, Pengarah Eksekutif Kempen #BeyondTheGames dan Setiausaha Kementerian Pendidikan, Belia dan Sukan serta Laurence Erbs, Pengurus Besar Lapangan Terbang Antarabangsa Phnom Penh di lapangan terbang tersebut.

Sok Sabayna berkata, “Kami berbangga kerana Kemboja menjadi tuan rumah buat kali pertama bagi Sukan SEA ke-32 dan Sukan Para ASEAN ke-12, kerana kami bukan sahaja mendapat peluang untuk mempromosikan dua acara sukan tersebut, malah melaluinya kami dapat mempamerkan kebanggaan dan prestij negara kami di mata dunia.”

Vissoth Nam, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Cambodia berkata: “Sukan adalah bahasa universal yang menyatukan kita semua tanpa mengira asal usul, budaya, agama, d

Sebagai syarikat penerbangan untuk semua, AirAsia telah menyokong pelbagai inisiatif dan kerjasama di dalam bidang sukan selama ini, termasuk Sukan SEA pada sebelum ini.