Sunshine Bakeries Malaysia hari ini memperkenalkan Roti Pandan Homestyle yang diinspirasikan daripada aroma di kebanyakan rumah di rantau Asia Tenggara.
Pandan, juga dikenali sebagai ‘Vanila Timur’, merupakan antara ramuan utama dalam
masakan Asia Tenggara dan digunakan dalam penyediaan banyak hidangan masakan di rumah, kerana harumannya yang aromatik.
Roti Pandan Homestyle Sunshine adalah pilihan berkhasiat untuk semua pencinta pandan kerana kandungannya yang tinggi dengan protein, kalsium dan zat besi, merupakan sumber Vitamin B1, B2 dan B3 yang sangat baik, serta bebas lemak trans kolesterol.
Ketua Pegawai Eksekutif Sunshine Bread Sdn Bhd, Michael Chew berkata, “Kami amat
teruja untuk memperkenalkan Roti Pandan Homestyle ini yang membawakan cita rasa tempatan tradisional kegemaran rakyat Malaysia.

Sejajar dengan komitmen Sunshine Bakeries untuk memastikan kandungan penuh khasiat dalam setiap gigitan, penggemar roti akan disajikan dengan kandungan protein, kalsium dan zat besi yang tinggi dalam roti pandan tersebut, sambil menikmati rasa aromatik pandan yang menggamit nostalgia.
Sesuai untuk musim perayaan ini, anda boleh menikmati Roti Pandan Homestyle bersama sapuan dan perisa kegemaran mereka atau menikmatinya dengan begitu sahaja.”
Bersempena dengan pelancaran Roti Pandan Homestyle Sunshine, Sunshine Bakeries Malaysia bekerjasama dengan jenama aiskrim lokal, Sangkaya untuk memperkenalkan roti pandan dengan aiskrim edisi terhad.
Roti Pandan Homestyle Sunshine dijual pada harga RM5.00 setiap satu dan didatangkan dalam pek 400g. Mulai hari ini, penduduk Lembah Klang boleh menemui keseluruhan rangkaian roti sihat Sunshine Bakeries di pasar raya dan kedai serbaneka terpilih.
































