Keselamatan automotif tidak patut hanya fokus kepada luaran, tetapi juga kepada pemandu kerana apabila anda berasa selamat, anda boleh benar-benar bebas.

Apakah memori pertama anda berkaitan keselamatan? Adakah ia saat anda merasakan
genggaman tangan ibu bapa tatkala melintas jalan bersama-sama? Atau adakah ia memori
basikal pertama anda – lengkap dengan roda sokongan, helmet, pelindung lutut dan loceng?

Kesemua memori ini menunjukkan bahawa seseorang mesti berasa ‘selamat’ terlebih dahulu sebelum aspek fizikal memainkan peranan.

Konsep ini dipercayai sepenuhnya oleh Volvo Cars, peneraju dalam keselamatan automotif
yang telah mementingkan keselamatan selama 95 tahun. Seiring dengan perjalanannya ke
arah era baharu keselamatan, Volvo Cars kini mempunyai visi untuk mencapai kadar
kecederaan dan kematian sifar. Komitmen ini turut membawa mereka untuk melihat ke
dalam dan melihat keselamatan secara berbeza.

Bermula dari sini, Volvo Cars memperkenalkan lembaran baharu dalam platform jenama jangka panjang mereka – “For Life” – sebuah kempen yang mengutamakan keselamatan dalam fikiran, berpaksikan kepada pemikiran bahawa apabila anda berasa selamat, anda boleh benar-benar bebas.

Pemikiran untuk Memberi Makna Baharu kepada Keselamatan

Pemikiran ini adalah untuk memberikan para pemandu ketenangan minda, dan hal ini
memerlukan semua orang untuk mempertimbangkan semula pendekatan kita ke arah
keselamatan selama ini.

Kebiasaannya, pemanduan memerlukan kita untuk fokus kepada jalan raya, sambil bergantung kepada sistem keselamatan aktif dan pasif kenderaan kita. Apa yang kita selalu terlepas pandang adalah keadaan psikologi minda kita ketika memandu. Faktor-faktor penyumbang seperti keletihan, gangguan atau ketiadaan fokus ketika memandu dapat menyumbang kepada insiden yang tidak diinginkan di atas jalan, oleh itu kempen For Life Volvo Cars bertujuan untuk mengingatkan kita bahawa hidup kita tidak terhenti semasa kita memandu.

Volvo Cars percaya bahawa fikiran, perasaan, dan emosi kita merupakan faktor yang
menentukan keadaan psikologi minda kita ketika memandu, dan tidak kira betapa
selamatnya kenderaan kita, ia hanya akan seselamat minda yang memandunya – dan hal ini merupakan titik buta yang ditemui oleh Volvo Cars.

Apabila Anda Berasa Selamat, Anda Akan Benar-benar Bebas

Kempen For Life tersebut berpusat kepada konsep untuk mendekati keselamatan daripada
sudut psikologi seseorang. Untuk menzahirkan konsep ini, Volvo Cars telah memperkenalkan beberapa aset komunikasi yang mendorong kita untuk melihat dengan
lebih mendalam, melihat keselamatan dengan sudut yang berbeza, dan mengenal pasti
fikiran, perasaan, dan emosi yang kita hadapi ketika memandu.

Kempen For Life tersebut menampilkan video berdurasi 60 saat mengenai keselamatan, dan menampilkan koleksi kisah-kisah benar yang dapat ditonton di sini. Video tersebut
memaparkan detik-detik setiap hari yang menggamit kenangan – daripada genggaman
tangan ibu bapa kepada pelukan hangat, sokongan daripada orang tersayang, dan langkah-
langkah keselamatan yang perlu kita ambil sebelum menikmati segala yang ditawarkan
dalam hidup.

Detik-detik penting ini bukan sahaja mengingatkan kita untuk menjadi lebih peka akan
ketenangan minda sendiri, tetapi juga mengukuhkan lagi fakta bahawa apabila anda berasa
selamat, anda akan benar-benar bebas.

Kempen For Life ini juga menampilkan beberapa soalan berkaitan keselamatan yang merangsang fikiran untuk membantu kita memahami bagaimana kehidupan memberi kesan terhadap pemanduan anda, dan menggalakkan pemandu untuk melihat ke dalam dan melihat keselamatan dengan cara berbeza.

Anda boleh menyertai tinjauan Volvo Car Malaysia melalui pautan, di sini.

Peneraju Aspek Keselamatan

Kempen ini merupakan lembaran baharu Volvo Cars dalam mengukuhkan lagi kedudukannya sebagai suri teladan yang unggul dalam keselamatan automotif. Untuk 95
tahun dan tahun-tahun akan datang, Volvo Cars tidak pernah goyah dalam perjalanannya.

Ia bermula dengan pengenalan tali pinggang keselamatan kepada dunia, kemudian
mengehadkan had kelajuannya kepada 180 km/j di semua keretanya dan kini, kemunculan
kempen For Life.

Ini hanyalah detik permulaan bagi Volvo Cars dalam memasuki era baharu keselamatan
dalam hidup, mengambil berat mengenai dunia kita dan mereka di sekeliling kita.

Keselamatan merupakan bahagian penting dalam budaya syarikat dan merupakan fokus
dalam segala yang mereka lakukan, dan inilah sebab mengapa Volvo Cars akan tetap fokus
kepada keselamatan agar anda dapat memandu dengan minda yang tenang.

Untuk maklumat lanjut tentang kempen For Life, sila layari www.volvocars.com/my atau ikuti Volvo Car Malaysia di laman Facebook http://bit.ly/VolvoMY-FB dan Instagram di
http://bit.ly/VolvoMY-IG.