Alliance Bank Malaysia Berhad (Alliance Bank) terus meningkatkan usaha untuk mengukuhkan sistem keselamatan transaksi digital dengan memperkenalkan Nombor Kad Dinamik bagi Kad Kredit Maya Visa Alliance Bank.
Menerusi perkongsian dengan Visa Malaysia (Visa), CTOS Digital Berhad (CTOS), Jirnexu
(RinggitPlus), YTL Communications (YES) dan Touch ‘N’ Go Digital (TNG Digital),
penyelesaian pembayaran yang baharu ini bukan sahaja menjadikan transaksi dalam talian
lebih selamat, ia juga akan meningkatkan lagi pengalaman pemegang kad kredit secara
keseluruhan.
Ciri yang dipertingkatkan ini menjana nombor kad kredit 16 digit secara rawak bagi setiap
transaksi termasuk transaksi e-dagang, perkhidmatan penstriman dan langganan bagi
memenuhi pelbagai keperluan gaya hidup pelanggan.
Sebagai sebahagian daripada strategi Acceler8 Alliance Bank, Bank akan terus memacu transformasi digital untuk memberikan penyelesaian yang lebih pantas, lebih baik dan lebih peribadi kepada pelanggan.
Nombor Kad Dinamik sekali guna ini menawarkan cara yang lebih selamat dan lebih dilindungi bagi membuat pembelian harian dan meminimumkan risiko penipuan, kecurian
identiti dan penipuan kewangan lain yang dihadapi oleh pelanggan.
Tambahan pula, ia turut membawa impak yang positif kepada alam sekitar kerana langkah ini mengurangkan pengeluaran kad kredit plastik dan membantu mengurangkan jejak kad kredit pada saluran dalam talian.
Para pelanggan juga diberikan fleksibiliti untuk menentukan Nombor Kad Dinamik yang
khusus serta berapa kali nombor ini boleh digunakan untuk perkhidmatan langganan tertentu.
Ini membolehkan mereka menjejak dan menguruskan transaksi digital pada bila-bila masa di mana-mana sahaja secara lebih mudah dan selamat menerusi telefon mudah alih masing-masing.
“Selaras dengan pendekatan Alliance Bank yang mengutamakan pelanggan, kami sentiasa
membawa pembaharuan dan menambah baik penyelesaian digital kami untuk memenuhi
keperluan perbankan pelanggan yang sentiasa berkembang dan juga menyediakan
pengalaman pembayaran digital yang lancar.
Ciri baharu pada kad kredit maya Alliance Bank Visa memberikan ketenangan fikiran yang lebih lagi kepada pelanggan kami melalui pilihan pembayaran yang lebih selamat. Ciri ini menangani kebimbangan terhadap pelanggaran data kad kredit di tapak pihak ketiga apabila pelanggan membuat transaksi secara dalam talian,” kata Cik Gan Pai Li, Ketua Pegawai Perbankan Pengguna Kumpulan Alliance Bank.
“Berikutan semakin ramai rakyat Malaysia menyertai perkembangan urus niaga perdagangan digital, kami percaya mereka perlu merasa selamat dan diperkasakan semasa membuat pembayaran secara digital.
“Oleh yang demikian, kami telah bekerjasama dengan Alliance Bank Malaysia Berhad untuk membawa penyelesaian nombor kad dinamik bagi kad kredit maya. Kami harap pengguna dapat merasa lebih yakin semasa membeli-belah dan membuat pembayaran mereka melalui dalam talian,” kata Ng Kong Boon, Pengurus Visa untuk Malaysia.
“Kad kredit maya akan memberikan pengguna pengalaman urus niaga yang lancar semasa
memenuhi keperluan pembayaran, menambah nilai dan pembelian mereka. Tambahan lagi,
kelebihan utama kad kredit maya ialah nombor kad dinamik yang selari dengan matlamat
utama TNG Digital untuk menjadi e-Dompet yang selamat dan terjamin seiring dengan
standard Bank Negara Malaysia,” kata Alan Ni, Ketua Pegawai Eksekutif TNG Digital.




































