Kerjasama strategik bersama Mohammed I. Al-Subeaei & Sons Investment Company (MASIC), memberikan penubuhan utama pangkalan operasi di Kerajaan Arab Saudi bagi memacu Peranan Syarikat Ke Arah Merealisasikan Wawasan 2030 Arab Saudi.
UEM Edgenta Berhad (UEM Edgenta), syarikat Pengurusan Aset dan Penyelesaian Infrastruktur yang terkemuka di rantau ini, hari ini mengumumkan bahawa anak syarikat milik penuhnya, Edgenta Arabia Limited (EAL) telah menyempurnakan transaksi bersama Mohammed I. Alsubeaei & Sons Investment Company (MASIC) bagi pelaburan 60% pegangan ekuiti dan peruntukan modal pertumbuhan dalam Syarikat Pengurusan Fasiliti MEEM (MEEM) setelah mendapat kelulusan kawal selia tempatan dan memenuhi syarat preseden perjanjian muktamad.
Pemerolehan strategik 60% MEEM akan membolehkan UEM Edgenta mengukuhkan kehadiran di Kerajaan Arab Saudi (KSA), di mana MEEM menjadi antara usahasama dan peluang perkongsian yang pertama antara UEM Edgenta dan MASIC.
Kedua-dua entiti akan memberi fokus terhadap Pengurusan Kemudahan Fasiliti Bersepadu Pintar serta Projek Penjagaan Kesihatan di mana kelayakan UEM Edgenta yang kukuh dalam bidang ini boleh dilaksanakan serta-merta di pasaran KSA.
Ditubuhkan pada 2017, MEEM merupakan syarikat pengurusan kemudahan tempatan (FM) yang diasaskan oleh MASIC, sebuah syarikat pelaburan Saudi terkemuka di KSA dengan pelaburan yang merangkumi perkhidmatan kewangan, hartanah, ekuiti awam serta swasta. MASIC baru-baru ini disenaraikan sebagai salah satu daripada “100 Perniagaan Keluarga Arab Teratas 2023” oleh Forbes Middle East.
Kemampuan FM MEEM termasuk menyediakan perkhidmatan FM berat dan ringan, perkhidmatan khusus dan sokongan bagi hartanah komersial, perindustrian, pendidikan dan kediaman di KSA, dengan tenaga kerja melebihi 150 pekerja.





































