Platform Selangor (PLATS) ,adalah sebuah platform yang promosi dan direktori digital yang dibangunkan untuk menggerakkan ekonomi penjaja dan peruncit Selangor yang tercetus akibat daripada pandemik COVID-19 yang telah merencatkan pertumbuhan ekonomi penjaja di Selangor.
“Sejak pelaksanaannya pada tahun 2020, lebih daripada 20,271 peniaga telah berdaftar di PLATS. Kami berbesar hati kerana dapat membantu memperkasa penjaja tempatan dengan kemahiran perniagaan digital selaras dengan visi kerajaan Negeri untuk menjadikan Selangor sebuah negeri yang pintar, boleh didiami dan makmur.
“Statistik ini jelas membuktikan bahawa, dengan memberi mereka pendedahan, kemahiran serta sistem sokongan yang bersesuaian dapat mendidik penjaja untuk lebih celik digital dapat memudahcara peralihan penjaja kepada industri 4.0.
“Menerusi PLATS, penjaja dapat membina ‘online presence’ sekaligus dapat mengembangkan saluran perniagaan mereka” kata Ketua Pegawai Eksekutif Permodalan
Negeri Selangor Berhad (PNSB), Raja Ahmad Shahrir Iskandar Raja Salim.

PLATS merupakan inisiatif PNSB dan Menteri Besar Selangor Pemerbadanan (MBI), manakala latihan berkenaan adalah langkah proaktif kerajaan negeri untuk membantu rakyat mempertingkatkan perniagaan mereka menerusi platform komuniti digital.
Ia bermatlamat untuk menggerakkan peniaga, penjaja dan peniaga runcit. Sewaktu ia ditubuhkan pada 2021, inisiatif berkenaan bermatlamat untuk mendaftar dan mendigitalkan 20,000 peniaga pada 2021 dan seramai 10,000 peniaga lagi pada 2022.
Pada akhir 2022, jelas bahawa PLATS melepasi sasaran yang ditetapkan oleh pemegang taruhnya. Pada 2021, seramai 7,742 peniaga diberi kelulusan daripada 7,765 yang berdaftar di laman sesawang PLATS.
Pada 2022, seramai 684 peniaga daripada Bazar Ramadan dan Medan Selera diberi kelulusan untuk menjalani latihan sebagai tambahan kepada 11,881 peniaga untuk tahun berkenaan.

Ini menunjukkan peningkatan sebanyak 61.8% dalam kalangan vendor yang sudah menjalani latihan PLATS, iaitu program kerjasama dengan Majlis Bandaraya dan Perbandaran di Selangor.
“PLATS turut menyediakan peluang pekerjaan kepada 133 pelajar, graduan baharu dan pekerja bebas melalui Rakan Digital Selangor (RDS). Pasukan RDS diberi tugas di lapangan untuk melatih semua peniaga dan penjaja setempat mengenai pendaftaran perniagaan mereka di laman sesawang PLATS,” katanya.
PLATS juga mengendalikan lebih daripada 50 program seperti latihan lapangan untuk peniaga kecil dengan kerjasama dengan semua 12 pihak berkuasa tempatan di Selangor.
Antara topik pembelajaran lain untuk peniaga kecil dan penjaja termasuklah kaedah untuk
menguruskan akaun media sosial, suntingan asas hantaran media sosial, proses pengurusan tempahan dalam talian, penggunaan transaksi tanpa tunai dan aturan pendigitalan asas perniagaan.
Peniaga trak makanan Chicki Mart Muhd Khairzman mengakui bahawa PLATS membantu
untuk meningkatkan operasi jualan syarikatnya.
“Ramai pelanggan bertanyakan saya mengenai produk jualan kami. Alhamdullilah, perniagaan saya kian berkembang dan kami mengalu-alukan ramai pelanggan baharu di seluruh negara termasuk pelanggan dari Seri Kembangan, Klang dan Negeri Sembilan.

“Chicki Mart juga menjadi pembekal snek ayam untuk sekolah di kawasan Selangor,”
tambahnya.
Fatinnur Ain Zulkifli daripada Aten’s Kitchen berkata, “Alhamdulillah, selepas Karnival PLATS
tahun lalu, ramai pelanggan menyedari kehadiran perniagaan saya yang kebanyakannya dari kawasan Selangor. Jualan saya kini meningkat antara 10-15% daripada karnival itu sendiri.
“Saya ingin merakamkan penghargaan saya kepada PLATS kerana memberikan peluang
keemasan ini kepada saya dan peniaga lain.”
Berikutan kejayaan ini, Raja Ahmad Shahrir Iskandar berkata, PLATS berazam untuk
meneruskan program latihan berkenaan, sekali gus meningkatkan profil perniagaan di Selangor dalam era pendigitalan.
“Kami sememangnya berminat untuk mengetahui bagaimana peniaga kami mahu mengembangkan perniagaan mereka dan menggalakkan mereka untuk membuat susulan, atau bertanyakan kami di laman sesawang menerusi sokongan khidmat pelanggan PLATS di bawah jaluran ‘Hubungi Kami,” tambahnya.
Meneruskan inisiatif PLATS untuk membantu peniaga kecil, penjaja dan peniaga, Bazaar
Ramadan Digital PLATS bakal dianjurkan. Bazar Ramadan Digital PLATS akan menghimpunkan peniaga dan hasil jualan mereka dalam satu halaman direktori.
Ini dijangka untuk mengurangkan masalah kesesakan di bazar Ramadan di seluruh Selangor.
Sempena usaha ini, PLATS dan 12 pihak berkuasa tempatan memperuntukkan 14,430 ruang perniagaan digital untuk peniaga mengembangkan lagi perniagaan di bulan Ramadan. Direktori berkenaan akan memaparkan pautan WhatsApp bagi membolehkan pengguna berhubung terus dengan penjaja untuk membuat tempahan awal pilihan makanan mereka tanpa perlu menunggu atau beratur.
“Apa yang membuatkan usaha ini unik adalah ia menyediakan akses terus kepada orang ramai untuk berhubung dengan vendor makanan kegemaran mereka dan terdapat hampir 100,000 sajian Iftar disenaraikan pada direktori terbabit untuk dinikmati,” katanya lagi.





































