Maxis dan MOONTON Games, pembangun dan penerbit permainan antarabangsa, hari ini
mengumumkan kerjasama selama setahun untuk meningkatkan adegan eSukan Malaysia.

Sebagai sebahagian daripada kerjasama ini, Hotlink, akan menjadi penaja telko rasmi bagi
semua kejohanan eSukan Mobile Legends: Bang Bang pada tahun 2023, sekaligus membawa tawaran, ganjaran dan kandungan ekslusif kepada semua pengguna Hotlink.

“Kami teruja untuk bekerjasama dengan MOONTON Games dan MPL Malaysia yang diiktiraf di peringkat global. Ini menggariskan sokongan kami yang berterusan terhadap ekosistem
eSukan. Kami berharap dapat memainkan peranan dalam menyampaikan internet berkelajuan tinggi, konsistensi, dan kebolehpercayaan untuk pengalaman permainan yang lebih baik,” kata Rabiras Rajakrishnan, Ketua Pengguna Hotlink di Maxis.

“Kami gembira untuk meneruskan kerjasama dengan Hotlink berikutan M4 dan MPL MY S10.
Dedikasi mereka dalam menyediakan pengalaman kesalinghubungan yang melengkapkan visi kami untuk menjadikan eSukan lebih mudah diakses dan menyeronokkan untuk semua rakyat Malaysia. Kami teruja dengan kemungkinan masa depan, dan tidak sabar untuk melihat kesan positif perkongsian ini terhadap komuniti permainan dan eSukan di
Malaysia,” kata Fikri Rizal Mahruddin, Peneraju Pemasaran, dan Pembangunan Perniagaan.