Sebagai sebahagian daripada Pengalaman Baharu Astro, kami giat mengembangkan perkhidmatan penstriman kami dengan membawa aplikasi Viu yang dipenuhi dengan hiburan Asia ke platform kami.

Para pelanggan Astro kini boleh mengakses Viu di pelbagai skrin termasuk Ultra Box untuk rancangan popular termasuk drama Korea Taxi Driver 2 dan Delivery Man, serta rancangan lain termasuk drama Thailand dan Indonesia, siri Viu Original, rancangan variasi Korea dan banyak lagi kandungan-kandungan tempatan yang akan datang.

Sempena sambutan pelancaran ini, Astro juga memberi akses PERCUMA ke Viu Premium kepada semua pelanggan Ultra Box sehingga 8 Jun 2023. Para pelanggan boleh strim rancangan seperti Nenek Bongkok Tiga, The Secret Romantic Guesthouse, Bilik Tepi (tayangan perdana pada hari ini), Return Man, Mantan Tapi Menikah dan Boys Planet melalui Ultra Box mereka atau on-the-go melalui aplikasi mudah alih Viu.

Pengarah Kandungan Astro, Agnes Rozario berkata, “Sebagai penambahan terbaharu kepada platform Astro baharu kami, Viu akan menambah lagi kedalaman dan keluasan kandungan untuk para pelanggan kami yang kini mempunyai akses kepada lebih 90,000 rancangan menerusi On Demand serta lapan aplikasi premium.

Dengan sukan antarabangsa dan tempatan terbaik yang bersiaran secara langsung, kandungan hit Astro Originals, rancangan premium antarabangsa dan serantau serta kandungan signatures Astro kegemaran semua, kami yakin Viu akan mengukuhkan
kedudukan Astro sebagai destinasi hiburan untuk rakyat Malaysia dengan drama-drama Korea yang meluas dan siri original.”

Ketua Pegawai Eksekutif Viu dan Pengarah Urusan PCCW Media Group, Janice Lee berkata, “Kami sangat teruja melancarkan kerjasama ini bersama Astro. Kerjasama ini mampu meluaskan kecapaian penonton untuk kedua-dua pihak di serata Malaysia.

Dengan capaian meluas dan pangkalan pelanggan Astro yang utuh serta komitmen berterusan daripada Viu terhadap kandungan-kandungan untuk para penonton Malaysia, kerjasama ini adalah penting untuk memajukan peningkatan pengguna dan penglibatan bagi kedua-dua perkhidmatan.

Kami teruja untuk melihat para pelanggan Astro menjadi Viu-er baharu yang akan menikmati kandungan-kandungan kami dari seluruh Asia dengan drama seperti Viu Original Malaysia yang sedang trending, Nenek Bongkok Tiga dan Viu Original Korea, Taxi Driver 2 dan Delivery Man.”

Penambahan menarik Astro ini membawa kesinambungan kepada barisan aplikasi penstrimannya yang kukuh termasuk Netflix, Disney+ Hotstar, HBO GO, iQIYI, BBC Player, TVBAnywhere+ dan beIN SPORTS CONNECT.

Dengan matlamat untuk membawa lebih banyak hiburan dari seluruh dunia untuk dinikmati para pelanggan kami, Astro juga akan memperkenalkan Zee5 dan banyak lagi aplikasi kepada platform kami tidak lama lagi.

Para pelanggan Astro boleh mula strim semua rancangan kegemaran mereka di Viu dengan
membuka aplikasi tersebut di Ultra Box mereka. Selain itu, mereka boleh klik ‘Pair Account” dan ikuti langkah yang tertera di skrin untuk log masuk dengan ID mereka atau reka ID asas baharu dan pautkan akaun mereka dengan Ultra Box untuk menikmati Viu di laman sesawangnya dan aplikasi mudah alih.

Kini, para pelanggan boleh menikmati Viu dengan semua peranti mereka. Viu Premium berharga RM14.90/sebulan (RRP). Para pelanggan Astro boleh terus mengakses Viu Premium dengan menambahnya ke langganan mereka pada tawaran eksklusif selepas 8 Jun 2023.