Susulan pelancaran UltraContact UC7 pada Ogos 2022, Continental Tyres melancarkan produk baharunya dalam rangkaian tayar Generasi 7, ComfortContact CC7, tayar yang memberi tumpuan kepada keselesaan bagi membolehkan pemandu dan penumpang benar-
benar menikmati setiap perjalanan yang mereka lalui.

“Menerusi pemahaman kami tentang pasaran ini, kami tahu bahawa kriteria utama untuk pemandu di Asia Pasifik ialah keselesaan, berbanding dengan rakan-rakan mereka di Barat dan Eropah.

Sebab itulah, Continental telah membina reputasi dengan menawarkan barisan produk tayar yang lebih senyap dan lebih selesa khusus untuk pasaran Asia kami. ComfortContact CC7 mewakili produk flagship kami dalam segmen Comfort,” ujar Ketua Tayar Gantian Asia Pasifik, Dalibor Kalina.

Parameter keselesaan tayar biasanya diukur menerusi ciri-ciri Kebisingan, Getaran, dan Kekerasan (NVH) kenderaan. Menurut penyelidikan yang dilakukan oleh Continental, tayar
menyumbang kira-kira 50 peratus daripada kebisingan yang dihasilkan ketika memandu.

Ketua R&D Continental Asia Pasifik, Bob Liu menjelaskan, “Apabila bergerak pada kelajuan yang lebih tinggi terutamanya, bunyi tayar yang bersentuhan dengan permukaan jalan dan angin bergelora meningkat dan menjadi lebih ketara.

Bunyi bising daripada tayar turut menjadi faktor yang sangat penting untuk kenderaan elektrik yang mana sistem pemanduannya hampir tidak mengeluarkan bunyi. Untuk kedua-dua kenderaan ICE konvensional dan elektrik, ini bermakna pemilihan tayar yang selesa adalah penting kerana ia boleh menambah baik akustik di dalam kabin secara signifikan.”

Pengarah Urusan Continental Tyre Malaysia, Andrea Somorova berkata, Continental telah mengumpulkan sebuah pasukan global yang terdiri daripada lebih 30 jurutera serta pakar yang mengambil masa lebih 7,500 jam untuk mereka bentuk, menjalankan ujian simulasi, membina dan menguji prototaip.

Lebih daripada 500 ujian telah dilakukan di atas pelbagai keadaan jalan dan makmal, dengan jarak yang cukup untuk mengelilingi Bumi lebih 7 kali.

Direka bentuk untuk segmen tayar Comfort kami, Teknologi Comfort+ khusus untuk pemandu yang mengutamakan keselesaan untuk diri mereka sendiri dan penumpang. Teknologi Comfort+ merangkumi tiga ciri utama ComfortContact CC7, “Z.E.N”, – Zero Shock Pattern, Everflex Compound, dan Noise Muter.

ComfortContact CC7 Zero Shock Pattern menampilkan reka bentuk corak tayar unik yang
mengurangkan hentakan berbanding blok tradisional. Ia direka bentuk bagi mengurangkan secara signifikan kekasaran walaupun di atas permukaan jalan yang berbonggol dan tidak rata, membawa keselesaan pemanduan yang hebat ke satu tahap lebih tinggi.

Noise Muter terdiri daripada dua teknologi peredam bunyi yang berkesan mengurangkan
kebisingan untuk keselesaan bunyi yang lebih baik.