AirAsia terus komited untuk memacu industri pelancongan di Asean dengan melancarkan kempen jualan 5 juta TEMPAT DUDUK PERCUMA* pertama pada tahun ini ke destinasi domestik dan antarabangsa yang menarik yang dirasmikan oleh Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Dato’ Sri Tiong King Sing.

Para tetamu boleh terbang ke destinasi domestik seperti Pulau Pinang, Langkawi, Kuching, Sibu, Kota Kinabalu dan banyak lagi daripada RM23* dan ke destinasi antarabangsa termasuk Bali, Krabi, Jakarta, Macao, Shenzhen, Guangzhou, Phu Quoc, Bandar Ho Chi Minh, Singapura dan banyak lagi daripada RM60*.

Bagi mereka yang ingin terbang lebih jauh, AirAsia X menawarkan penerbangan ke Gold Coast, Busan, Taipei, Tokyo dan banyak lagi dengan tambang rendah termasuk semua daripada RM329* sehala untuk tempat duduk Ekonomi.

Penerbangan tersedia untuk tempahan bermula hari ini hingga 19 Februari 2023 dengan tempoh perjalanan antara 1 Mac 2023 dan 10 Disember 2023.

Memanfaatkan kekuatannya sebagai syarikat penerbangan terbesar dengan rangkaian terluas dan tambang terendah, kempen ini juga menyokong Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan (MOTAC) dalam misinya untuk mengukuhkan Malaysia sebagai negara dengan pelbagai tarikan dan destinasi.

Tiong berkata: “Sektor pelancongan merupakan pemacu ekonomi utama bagi Malaysia, menyumbang hampir 15% daripada keluaran dalam negara kasar (KDNK) dan sambungan udara adalah tulang belakang sektor pelancongan kita.

“Memandangkan kami mensasarkan untuk menerima 15.6 juta ketibaan pelancong dengan nilai pendapatan sebanyak RM47.6 bilion bagi tahun 2023, kami memuji inisiatif AirAsia untuk merancakkan semula industri pelancongan negara dan dalam memainkan peranan penting untuk mencapai hasil ini,” katanya.

Tony Fernandes, Ketua Pegawai Eksekutif Capital A berkata: “Seperti yang mereka katakan, saiz adalah penting terutamanya apabila ia berkaitan dengan syarikat penerbangan. Lebih besar, lebih baik supaya kami dapat memanfaatkan skala ekonomi dan menyumbang kepada tetamu dalam bentuk tambang lebih rendah dan memberikan lebih nilai dan pilihan.

AirAsia telah menjadi penyumbang utama kepada KDNK Malaysia dan Asean. AirAsia sahaja menyumbang kepada lebih daripada 2% daripada KDNK Malaysia. Mungkin 2% adalah jumlah yang kecil tetapi bagi negara besar seperti Malaysia dengan KDNK bernilai lebih daripada RM1.5 trilion, 2% itu adalah sumbangan yang cukup besar.

“Bukan itu sahaja, kami juga menjana impak melangkaui industri penerbangan dan pelancongan, dan hasilnya, AirAsia telah menyumbang lebih 300,000 peluang pekerjaan di Malaysia. Dan trend yang sama dilihat di semua pasaran Asean yang kami beroperasi.

Kini kami kembali dan akan terus memainkan peranan dalam memacu pelancongan, perdagangan dan pelaburan di Malaysia dan seluruh Asean. Kami merancang untuk menerbangkan lebih 69 juta tetamu pada setiap tahun yang akan memberikan rangsangan hebat kepada industri pelancongan Malaysia.