Pusat Pilihan Pengguna (CCC) senada dengan Menteri Kesihatan Malaysia Dr Zaliha Mustafa mengenai kebimbangan penjualan produk vape kepada kanak-kanak bawah umur.

Menurut wakil Pusat Pilihan Pengguna Malaysia, Tarmizi Anuwar tidak menyokong vaping belia atau kanak-kanak berumur bawah 18 tahun dan mencadangkan agar kerajaan segerakan undang-undang pintar bagi mengawal selia penjualan dan pemasaran produk vape.

“Kanak-kanak di bawah umur tidak seharusnya dibenarkan membeli produk vape. Bagi mengelakkan atau mengurangkan risiko berlakunya perkara ini, pihak kerajaan perlu mewujudkan undang-undang yang berasingan  daripada rokok atau memperluaskan skop undang-undang tembakau sedia ada bagi mengawal selia penjualan dan pemasaran vape.”

“Terdapat beberapa langkah yang boleh diambil oleh pihak kerajaan antaranya memperkenalkan peraturan pintar dan menguatkuasakan sekatan umur yang ketat ke atas peranti vape dan cecair di tempat jualan dan menggunakan teknologi pengesahan umur moden untuk jualan dalam talian.”

“Ketiadaan undang-undang akan memudahkan kanak-kanak untuk mendapatkan vape daripada aktiviti pasaran gelap dan perdagangan haram,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mengulas kenyataan Dr Zaliha mengenai klasifikasi nikotin di bawah Akta Racun 1952, beliau mengatakan, “Produk gantian nikotin telahpun dikecualikan daripada Akta Racun 1952 pada Oktober tahun lalu. Ini bermakna nikotin tidak lagi dianggap sebagai produk bukan beracun.”

“Secara teknikal vape boleh dikira sebagai produk gantian nikotin kerana tujuan utama adalah digunakan sebagai bantuan untuk berhenti merokok.”

“Namun, ini antara ruang dasar awam yang masih perlu ditambahbaik agar tidak berlaku kekeliruan.”

Selain itu, Tarmizi menekankan undang-undang ini turut penting dalam membezakan produk vape antara pengguna dewasa yang bertanggungjawab dengan kanak-kanak.

“Undang-undang ini penting bagi memastikan pengguna dewasa mempunyai pilihan yang sah untuk memilih produk yang kurang berisiko dan mudarat serta beralih ke arah hidup yang lebih sihat.”

“Pihak kerajaan juga tidak wajar menggunakan hujah ini untuk menghadkan akses kepada pengguna yang bertanggungjawab kerana sehingga masih belum terbukti mengenai laporan atau artikel yang menghubungkaitkan vape adalah gerbang kepada merokok.”

Berdasarkan tinjauan analitikal oleh Lee, Coombs dan Afolalu (2018) mengatakan faktor sebenar pengambilan vape dalam kalangan belia masih belum dibuktikan.

Selain itu, menurut Royal College of Physicians juga laporan menyatakan remaja yang menggunakan
vape berisiko berpotensi melahirkan generasi yang terpengaruh dengan nikotin tidak berasakan bukti.