Astro membuka salah satu Astro Experience Store terbesarnya di IOI City Mall, Putrajaya pada bulan ini. Kedai baharu itu menawarkan para pelanggan pengalaman terbaik
dalam mengetahui rangkaian produk dan perkhidmatan terkini Astro.

Ini adalah Astro Experience Store kedua selepas kejayaan pelancaran kedai pertamanya di Queensbay Mall, Pulau Pinang.

Sertai pembukaan besar Astro Experience Store pada 28 Januari ini di Level 3, Phase 2 East IOI City Mall untuk menikmati tawaran menarik, persembahan hebat daripada artis-artis popular tempatan, sesi berjumpa peminat serta pelbagai aktiviti menarik di kedai tersebut.

Tawaran Pembukaan Istimewa
 Beli TV 4K 50-inci hanya RM1* apabila anda mendaftar atau menaik taraf ke Pek Platinum pada 28 Januari sahaja, terhad kepada 50 pelanggan pertama.
 Dapatkan komputer riba Lenovo pada harga hanya RM1** apabila anda mendaftar untuk Astro Fibre 500 Mbps kendiri atau pakej bundle, terhad kepada 150 pelanggan pertama.
 Para pelanggan Astro boleh memenangi hadiah eksklusif di kedai apabila mereka menunjukkan aplikasi My Astro mereka.

Aktiviti-Aktiviti Pembukaan Istimewa
 Nikmati persembahan artis-artis popular tempatan seperti Jaclyn Victor, Datuk Syafinaz, Firdaus Rahmat, Sekumpulan Orang Gila (SOG) dan Naim Daniel.
 Bertemu dengan barisan pelakon hebat daripada siri Projek: High Council – Mierul Aiman, Amir Ahnaf, Fazziq Muqris, Naim Daniel, Yusof Hashim, Hazeeq Dean dan Kahoe Hon.

 Bawa anak-anak anda bersama dan ambil gambar dengan patung 3D gergasi 2.9m Bumblebee di kedai dan maskot kegemaran mereka termasuk Mechamato, Puss in Boots dan maskot CNY Astro, Wang Tu.
 Saksikan sesi gaming yang menyeronokkan bersama pemain e-sukan legenda tempatan popular, SOLOZ bersama peminatnya.
 Pelbagai aktiviti menanti termasuk booth kamera spin 360 The Masked Singer, sub-bola sepak Liga Perdana dan banyak lagi aktiviti yang menyeronokkan.

Rakyat Malaysia boleh menikmati pengalaman kandungan yang menyeronokkan daripada program-program Astro yang meluas serta produk terbaharu termasuk Ultra Box dan Astro GO di mana anda boleh strim siri drama baharu Projek: High Council, siri televisyen animasi Transformers: EarthSpark dan sukan siaran langsung seperti Liga Perdana tanpa gangguan hujan.

Selain itu, anda tidak perlu risau tentang rancangan ulangan lagi kerana kini anda boleh mengakses lebih banyak kandungan seperti siri adaptasi permainan video The Last of Us di HBO GO; drama polis tempatan Special Force Anarchy di Disney+ Hotstar; filem thriller sci-fi Jung E di Netflix; Ligue 1, La Liga dan Tenis Terbuka Australia di beIN SPORTS CONNECT; drama TVB Treasure of Destiny di TVBAnywhere+; drama Mandarin Unchained Love
di iQIYI dan The Great British Bake Off di BBC Player.

Para pelanggan boleh mencuba semua ciri Ultra Box termasuk keupayaan 4K UHD, mengetahui nilai pek TV terbaik, mengguna aplikasi Astro Fibre baharu atau menikmati hiburan secara on the go dengan aplikasi Astro GO.

Para pelanggan juga boleh mendapatkan maklumat tentang produk-produk Astro, perkhidmatan, naik taraf pek atau Astro Box mereka dan sebagainya.

Sertai dan raikan pelancaran Astro Experience Store baharu ini untuk mengetahui tentang Astro baharu dan menangi hadiah!