Pertandingan kalah mati kebangsaan tertua dan paling terkenal di dunia, The Emirates FA Cup atau Piala FA Emirates, akan memulakan Jelajah Trofi Asia Pasifik yang julung kali diadakan dari 21 hingga 29 Januari 2023.

Buat pertama kali dalam sejarah 150 tahunnya, trofi Piala FA Emirates akan diterbangkan ke Malaysia. Para peminat berpeluang untuk melihat sendiri salah satu piala tersohor dunia sukan dalam majlis yang akan diadakan pada hari Rabu, 25 Januari di Kuala Lumpur.

Lawatan tersebut akan bermula di Sydney pada 23 Januari. Piala kemudian tiba di Kuala Lumpur pada 25 Januari sebelum menuju ke Singapura pada 26 Januari dan kemudian lawatan berakhir di Seoul pada hujung minggu yang sama dengan Pusingan Keempat Piala FA Emirates pada 28-29 Januari.

Sambil rakyat Malaysia memberi sokongan kepada kelab Inggeris kegemaran mereka bersaing dalam Piala FA Emirates di saluran Astro, para peminat dijemput untuk datang dan melihat sendiri trofi bersejarah ini, dan mereka boleh mengambil gambar dengan Piala

FA Emirates di lokasi di bawah:
 Rabu 25 Januari, dari jam 10.00 pg hingga 11.30 pg dan 1.00 tgh hari hingga 9.00 mlm
 Tingkat Bawah, Central i-City, Shah Alam

Navin Singh, Pengarah Komersial Persatuan Bola Sepak England berkata: Kami sangat teruja untuk bekerjasama dengan Astro selaku rakan penyiaran tempatan kami, untuk membawakan trofi Piala FA Emirates ke Malaysia sebagai sebahagian daripada Jelajah Trofi Asia Pasifik – lawatan yang pertama sepertinya.

Trofi Piala FA adalah antara yang paling disanjung tinggi dalam dunia sukan dan sejak perayaan ulang tahun ke-150 pertandingan musim lepas, minat global terhadap pertandingan ini semakin memuncak.