TV AlHijrah membuka tirai tahun baharu 2023 dengan menyiarkan lima program bernafas baru. Kesemua lima program ini pastinya memberi nilai tambah dalam kehidupan penonton.

Ketua Pegawai Eksekutif TV AlHijrah, Namanzee Harris berkata, lima program baru yang ditayangkan bermula Januari 2023 ini bernadakan kitab suci al-Quran. Program-program tersebut ialah [email protected], Akademi Qurra’, Qawiy Wuz Here, Assalamualaikum An-Nisa’ dan Kembara Mahsyar.

“TV AlHijrah mahu penonton untuk mulakan tahun baru 2023 dengan segar serta meletakkan al-Quran sebagai rujukan. Usaha ini pastinya akan menyatupadukan ummah menerusi ilmu yang bermanfaat serta membangunkan masyarakat yang berpegang teguh kepada prinsip kebenaran Islam,” jelas Namanzee.

[email protected]

[email protected] adalah rancangan berorienetasikan tadabbur al-Quran dengan suntikan ilmu tajwid dan taranum al-Quran. Objektif penerbitan rancangan ini adalah untuk melahirkan masyarakat yang mampu mentadabbur ayat-ayat al-Quran dengan mudah serta meningkatkan penghayatan dan khusyuk dalam beribadah menerusi kefahaman
terhadap intipati al-Quran.

Disiarkan pada setiap hari, jam 11 pagi, rancangan ini membariskan barisan pentadabbur, qari serta qariah terbaik negara seperti IM Hassan, Ustaz Dr. Shamsul Mohd Noor, Prof Sharifah Hayaati Syed Ismail, Ustazah Isfadiah Mohf Dusuki, Ustaz Husaini Mahmur, Ustaz Fahmi Asraf Razali, Ustazah Aisyah Baa’in dan Ustazah Nur Ruzana Natiah Jaafar.

AKADEMI QURRA’

AKADEMI QURRA’ adalah Pertandingan Mengaji Realiti Televisyen yang bermatlamat melahirkan generasi Qurani yang menjadi pelapis kepada asatizah bidang al-Quran.

Rancangan ini akan disiarkan bermula 28 Januari 2023, setiap Sabtu, jam 9 malam. 12 peserta akan mendalami ilmu al-Quran dalam tempoh 10 minggu yang penuh warnai warna, namun hanya seorang peserta yang benar-benar memahami intipati al-Quran
akan diumumkan sebagai pemenang.

Kesemua 12 peserta ini akan menimba ilmu bersama para mentor telatih untuk mengasah keupayaan mereka dalam bidang tajwid dan taranum, terjemahan al-Quran, fasohah (kefasihan dalam sebutan) dan persembahan. Para mentor adalah Ustazah Farhatul Fairuzah, Ustaz Ammar Mukhlis & Ustaz Furqan Fawwaz.

Manakala Juri tetap adalah Ustaz Tarmizi Abdul Rahman. Rancangan ini akan dihoskan oleh Fakhrul UNIC.

QAWIY WUZ HERE

Qawiy Wuz Here tampil berbeza dengan rancangan yang pernah diterbitkan di TV AlHijrah sebelum ini. Pempengaruh yang semakin dikenali ramai, Qawiy akan membawa penonton melawati tempat-tempat pelancongan menarik di Selangor sambil mempelajari dan menghafal surah-surah pendek di dalam al-Quran.

Menariknya, konsep terjah al-Quran turut digunapakai setiap kali Qawiy bertemu dengan orang awam yang berani menyahut cabaran membaca surah-surat dari al-Quran. Qawiy akan ‘menebuk’ mana-mana surah atau potongan ayat dari kitab suci lantas meminta mereka untuk menyambung bacaan tersebut.

Rancangan ini mahu membantu penonton untuk menjadikan percutian bersama yang
tersayang menjadi percutian ilmiah, yang menitikberatkan keperluan nurani dan
jasmani.

Program travelog santai ini turut membawa penonton mengeksplorasi makanan tempatan viral di di sekitar Selangor, antaranya di Klang, Hulu Langat, Kuala Langat dan Kuala Selangor. Istimewanya, rancangan ini akan memulakan siarannya pada 28 Januari 2023, setiap Sabtu, jam 6 petang, hanya di aplikasi AlHijrah Plus.

ASSALAMUALAIKUM AN-NISA’

TV AlHijrah memotivasikan pagi penonton dengan menyiarkan Assalamualaikum An-Nisa’, sebagai sarapan jiwa. Assalamualaikum An-Nisa’ adalah program berkonsepkan halaqah yang membicarakan isu-isu seputar kehidupan wanita.

Objektif utama penerbitan rancangan ini adalah untuk memberikan panduan dan pandangan peribadi kepada para penonton dalam menjadi mukminah solehah.

Rancangan ini juga menonjolkan ketokohan wanita muslimah dalam pengurusan kehidupan bermula dari keluarga, kerjaya & peranan mereka dalam masyarakat sehingga boleh dijadikan ikon dalam Islam.

Assalamualaikum An-Nisa’ disiarkan pada setiap hari, bermula jam 9 pagi dengan penampilan istimewa barisan figura hebat yang boleh dijadikan inspirasi kepada masyarakat. Hos rancangan ini adalah Amie Sofea, Ustazah Muzayyanah, Hana Ismail, Farrah Adeeba, Dewita Susila dan Farah Diana.

KEMBARA MAHSYAR

Bermula 3 Februari 2023, setiap hari Jumaat, jam 10 malam, rancangan Kembara Mahsyar akan membawa penonton menelusuri sebuah perjalanan kerohanian dalam kehidupan manusia dengan 13 hentian yang penuh pancaroba.

Penyampaian rancangan ini menitikberatkan penceritaan menarik dan berkesan. Disokong dengan lantunan bacaan al-Quran, monolog, zikir, munajat dan syair.

Pelbagai rahsia akan dibongkar, keajaiban akan diperlihat dan kelebihan akan dikongsi bermula dari manusia diciptakan sehinggalah ke Alam Mahsyar yang akan menjadi
penentuan abadi.

Kembara Mahsyar memberi mesej yang jelas iaitu manusia diberi kebebasan untuk mencorakkan ragamnya sejak di dunia lagi supaya berada di dalam keadaan yang selamat ketika menghadapi pelbagai ragam di Padang Mahsyar kelak.

Rancangan ini adalah adaptasi novel karya Faris Zulkarnane yang telah memenangi Anugerah Buku Negara (Buku Umum Terbaik Kategori Agama).