airasia Super App memulakan 2023 dengan jamuan Tahun Baharu Cina untuk menghargai tenaga kerja industri gignya, termasuk pemandu airasia ride sepenuh masa dan sambilan serta penunggang penghantaran airasia food.

Lebih 500 Allstars menghadiri jamuan ini, yang mana Tan Sri Tony Fernandes, Ketua Pegawai Eksekutif Capital A memuji kerja keras dan sumbangan oleh pemandu dan penunggangnya terhadap perniagaan pengangkutan dan penghantaran makanan sepanjang 2022, dengan menyatakan bahawa sejak pengumuman faedah pekerjaan sepenuh masa untuk pekerja gig airasia Super App tahun lepas, terdapat peningkatan yang ketara untuk perniagaan dalam pelbagai metrik utama.

Tan Sri Tony Fernandes, Ketua Pegawai Eksekutif Capital A berkata, “Setakat ini, terdapat sekurang-kurangnya 400 pemandu sepenuh masa dengan airasia ride yang telah menyumbang dengan ketara kepada pertumbuhan cemerlang kami dalam industri e-hailing.

Begitu juga untuk airasia food, di mana jumlah penunggang sepenuh masa kami yang semakin meningkat yang berjumlah kira-kira 100 pada masa ini telah diterjemahkan kepada kadar penyiapan yang lebih tinggi sebanyak 85% dan  peningkatan. prestasi kelajuan penghantaran yang sangat ketara.

Pada asasnya, program pekerjaan sepenuh masa untuk pemandu dan penunggang kami bukan sahaja meningkatkan produktiviti dan kecekapan, tetapi juga mewujudkan persekitaran kerja yang lebih kondusif dan memberikan mereka keseimbangan kerja-kehidupan yang lebih baik.

“Ini mengulang dan memperkukuhkan pandangan kami bahawa adalah penting untuk menyediakan pekerja gig dengan kestabilan pekerjaan, pendapatan yang lebih baik dan faedah yang mencukupi kerana ia diterjemahkan kepada pulangan langsung untuk perniagaan. Kami akan terus mempertahankan usaha kami untuk menjadi perinti, dan memberikan nilai terbaik kepada pelanggan sambil menjaga pekerja kami dengan baik.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada setiap pemandu dan penunggang atas kerja keras mereka sepanjang 2022, terutama mereka yang telah komited untuk menjadi Allstars sepenuh masa. Kami berharap dapat memanfaatkan ekosistem Capital A dan airasia yang lebih besar untuk memberikan lebih banyak faedah seperti kemudahan daripada BigPay, Tune Protect dan banyak lagi.”