Continental Tyre Malaysia bersedia menyambut ketibaan Tahun Baru Cina dan berkongsi kemakmuran dengan menawarkan rebat ganjaran angpau e-dompet kepada mereka yang berminat memulakan tahun Arnab dengan tayar baharu daripada Continental.

Mulai hari ini hingga 15 Februari, beli minimum dua tayar jenama Continental bersaiz 14”
dan ke atas, di mana-mana pengedar yang mengambil bahagian di seluruh negara atau di
kedai Shopee rasmi Continental dan anda layak menerima baucar e-dompet Touch ‘n Go.

Pelanggan yang membeli tayar berukuran antara 14” dan 15”, akan menerima RM20 untuk dua (2) tayar yang dibeli dan RM40 untuk empat (4) tayar. Mereka yang membeli tayar bersaiz 16” dan ke atas pula layak menerima RM50 untuk dua (2) tayar dan RM100 untuk empat (tayar). Promosi ini terpakai untuk tayar kereta penumpang dan 4X4 sahaja.

Untuk menebus baucar e-dompet Touch ‘n Go, pelanggan hanya perlu mengikuti tiga langkah mudah. Pertama ialah mengimbas kod QR yang disediakan di kedai pengedar
yang mengambil bahagian, daftar butiran dan kemukakan resit mereka.

Selepas selesai mereka akan menerima status penebusan dan angpau e-dompet akan dikreditkan secara automatik ke dalam e-dompet Touch ‘n Go mereka.

Pengarah Urusan Continental Tyre Malaysia, Andrea Somorova berkata, “Dengan cuti hujung tahun baru-baru ini dan cuti Tahun Baru Cina yang akan datang, ramai rakyat
Malaysia mengambil peluang untuk melancong di dalam negara bagi menyambut perayaan dan akan menghabiskan banyak masa memandu di atas jalan.

Dengan kempen Tahun Baru Cina Continental, kami mahu menggalakkan para pemandu agar memeriksa tayar mereka dan menukarnya supaya mereka dapat menikmati sepenuhnya perayaan yang akan datang di samping memastikan diri sendiri, keluarga dan orang yang tersayang selamat semasa melakukan perjalanan.”

Turut termasuk dalam kempen Tahun Baru Cina kali ini ialah UltraContact UC7 yang dilancarkan baru-baru ini, produk Generasi ke-7 Continental yang pertama di Malaysia,
sebuah tayar untuk semua jenis keadaan yang mengutamakan jarak brek lebih pendek
dan cengkaman yang cemerlang di atas jalan basah, dengan penekanan terhadap
keselesaan bunyi yang luar biasa dan hayat pemanduan yang panjang.

Dicipta untuk pelbagai jenis kenderaan, UC7 boleh didapati dalam saiz 15” hingga 18” dan sesuai untuk kereta bersaiz sederhana, MPV dan sedan mewah.