Rangkaian runcit premium terkemuka di Malaysia, Village Grocer, membuka cawangan kedua puluh empatnya di Taman Megah, Petaling Jaya, meliputi kawasan seluas hampir 24,606 kaki persegi, dengan 2 tingkat tempat letak kereta berbumbung.
Bahagian segar menawarkan pelbagai pilihan sayur-sayuran dan sayuran organik melalui penghantaran segar setiap hari dari Cameron Highland dan buah-buahan dan sayur-sayuran berkualiti yang diimport segar melalui cargo penerbangan dari Australia, Amerika Syarikat, Jepun, Korea dan New Zealand.
Bahagian daging menawarkan pelbagai jenis daging lembu Australia dan kambing New Zealand, termasuk patties burger wagyu dan daging perapan. Bahagian makanan laut menawarkan pelbagai jenis ikan segar tempatan dan salmon Norway segar yang diterbangkan masuk.
Village Grocer menawarkan melebihi 2400 produk dari kategori penjagaan diet kesihatan organik, superfoods, bebas gluten, bebas gula, bebas tenusu, vegetarian yang memenuhi pelbagai keperluan diet termasuk produk vegan dan vegetarian sejuk beku. Selain itu, Village Grocer menawarkan pelbagai jenis makanan ringan dan ais krim yang diimport dari New Zealand, Australia, UK, Belgium, Japan dan Korea.
Kerjasama eksklusif antara Woolworths dan Village Grocer menawarkan rangkaian luas melebihi 200 produk Woolworths yang mendekatkan Australia dengan kampung halaman. Produk Woolworths dihasilkan mengikut piawaian Australia yang berkualiti tinggi, bebas daripada pewarna, perisa dan pengawet tiruan.
Fior Fiore, jenama masakan Itali tulen yang ditawarkan secara eksklusif oleh The Food Purveyor yang memberikan perisa tradisi Itali yang terbaik.
“Kami berbesar hati untuk mengakhiri tahun ini dengan pembukaan kedai ke-24 kami di Taman Megah, Petaling Jaya. Dalam fasa pasca pandemik, Village Grocer berjaya membuka lima (5) kedai dengan tiga Village Grocer di Pulau Pinang dalam masa setahun.
“Dengan kedai baharu ini, kami berharap dapat membuka akses mudah kepada komuniti dengan pelbagai jenis produk makanan berkualiti segar yang kami tawarkan. Kakitangan kami yang mesra sentiasa bersedia untuk membantu dengan kepakaran mereka untuk memudahkan anda semasa membeli-belah.” kata Kok Kian Kee, Ketua Pegawai Eksekutif The Food Purveyor.
Sempena pembukaan rasmi Village Grocer Megah Rise, promosi pembukaan bermula dari 27 Disember 2022 – 5 Februari 2023, Pelanggan berpeluang memenangi baucar hadiah runcit berjumlah RM50 dengan menyertai peraduan Belanja dan Menang Woolworths yang berlangsung dari 27 Disember 2022 – 15 Januari 2023, penyertaan awal layak mendapat beg Woolworths Non-Woven secara percuma. Semua hadiah percuma adalah berkonsepkan siapa cepat dia dapat, sementara stok masih ada.



































