Pelancaran HONOR X9a 5G semakin hampir dan peminat sudah tidak bersabar memiliki ahli baharu Siri X ini kerana kehebatan Skrin Melengkung OLED Kukuh Ultra.

Ramai berteka-teki harga jualannya dan memikirkan sama ada HONOR X9a 5G berbaloi dibeli dengan ciri ditawarkan. Sebenarnya, HONOR X9a 5G bukanlah telefon pintar entry level biasa dan berikut sebab-sebanya.

Skrin melengkung unik setanding telefon pintar Flagship

HONOR X9a 5G dilengkapi skrin melengkung OLED 6.67 inci dengan lengkungan 45° bagi menambat hati lebih ramai pengguna untuk menikmati ciri-ciri yang ada pada telefon pintar Flagship mewah.

Peminat sudah tidak sabar mencuba skrin melengkung berciri premium yang kelihatan mewah ini. Paparan 1.07 bilion warna menjadikan setiap warna menyerlah dan menarik untuk memberi pengalaman menonton filem dan melayari yang mengasyikkan.

Tontonan skrin di bawah matahari juga menyeronokkan, dengan kecerahan sehingga 800nit, ditambah dengan kadar segar semula skrin 120Hz dan kadar pensampelan sentuhan 300Hz menjadikan HONOR X9a 5G berbeza dari telefon pintar lain.

HONOR X9a 5G memberikan tontonan menyeronokkan tanpa memberi kesan keletihan terhadap mata pengguna kerana skrinnya dilengkapi pensijilan cahaya biru rendah TÜV Rheinland, dan teknologi PMW Dimming 1920Hz berfrekuensi tinggi yang mengurangkan kerdipan.

Pengguna tidak perlu bimbang menonton video untuk tempoh masa panjang mahupun gaming dalam skrin besar berdefinisi tinggi.

Meskipun timbul kebimbangan pengguna terhadap ketahanan skrin melengkung, HONOR berjaya menepis isu tersebut. Ianya terbukti dengan beberapa video menunjukkan kekukuhan skrin HONOR X9a 5G selepas melalui pelbagai ujian antaranya menghentak skrin pada kacang Walnut, ketam dan digilis kereta.

Segala usaha untuk memecahkan skrin gagal kerana HONOR X9a 5G menggunakan skrin
Super Reinforced setebal 0.65mm bagi mengelak daripada mudah meretak.

HONOR X9a 5G lulus sebanyak 33 ujian pembangunan dan penyelidikan, selain kualiti skrin melengkung peranti ini turut diuji, seterusnya mendapat pengiktirafan juara Kejohanan Badminton Dunia 2022 Aaron Chia dan Soh Wooi Yik, baru-baru ini.

Skrin melengkung HONOR X9a 5G sempurna dari segi rekaan, warna, kecerahan, sentuhan, perlindungan mata dan kebolehkepercayaan. Mempunyai kelas tersendiri dan menampilkan rekaan menarik, HONOR X9a 5G memberi pengalaman skrin lebih baik kepada pengguna.

Jangan lupa menyaksikan siaran langsung pelancaran HONOR X9a 5G di Malaysia pada 4 Januari 2023, jam 7 petang di Facebook HONOR Malaysia. Untuk maklumat lanjut, sila layari: https://www.hihonor.com/my/new-launch/.