Jenama automotif nasional PROTON baru-baru ini meraikan pengeluaran enjin 1.5 TGDI ke-10,000 di barisan pemasangan enjin Tanjung Malim baharunya pada 1 Disember.

Pencapaian ini hanya mrengambil masa selama tujuh bulan selepas unit pertama dikeluarkan pada bulan April tahun ini.

Pada masa yang sama, hasil penghantaran 11,316 unit pada bulan November, PROTON juga telah mencapai jumlah jualan terbaiknya sejak 2013. Dengan 126,682 unit setakat ini, syarikat berada di landasan untuk memperoleh tahun jualan terbaiknya dalam masa sembilan tahun.

Barisan pemasangan baharu menyasarkan 60,000 enjin pada 2023

Kilang enjin 1.5 TGDI PROTON adalah sebahagian daripada komitmen syarikat untuk melabur RM1.8 bilion untuk menaik taraf kemudahannya di Tanjung Malim dan kemuncak perjalanan yang bermula pada 2019 yang ditempuhi dalam keadaan yang mencabar.

Setelah membuat keputusan untuk membina barisan pemasangan
baharu di Tanjung Malim, pembinaan dan penghantaran komponen telah ditangguhkan berikutan permulaan pandemik Covid-19.

Namun begitu, keputusan telah dibuat untuk menuju ke hadapan sementara negara
menjalani perintah kawalan pergerakan. Pelan pengembangan operasi itu selaras dengan teras strategik pertama program DRB-HICOM Automotive High Technology Valley (AHTV) yang bertujuan memaksimumkan aktiviti pembuatan di rantau ini.

The working team at the advanced engine assembly line in Tanjung Malim

Pada 2023 kami menyasarkan pengeluaran 60,000 enjin, yang akan digunakan merentasi
beberapa model Proton,” kata Dr Li Chunrong, Ketua Pegawai Eksekutif, PROTON.

Lima model melebihi volum tahun 2021 manakala jualan YTD meningkat 10.4% berbanding tahun 2021 Bagi bulan November, PROTON mencapai 11,316 unit apabila syarikat bergelut dengan isu bekalan sementara yang membawa kepada penurunan sebanyak 13.1% berbanding bulan Oktober 2022.

Namun begitu, dengan jualan tahun sehingga kini (YTD) pada 126,682 unit, satu pertumbuhan sebanyak 10.4% telah pun dicapai berbanding denagn keseluruhan 2021 dengan satu bulan lagi menjelang akhir tahun.

Proton X50 is the best selling SUV in the country

Pegangan pasaran bagi bulan November dianggarkan sebanyak 17.7% dan untuk tahun ini, PROTON mengekalkan pegangannya di kedudukan kedua dalam jadual jualan dengan 19.7% daripada jumlah jualan kenderaan.

Dianggarkan juga Jumlah Volum Industri (TIV) untuk tahun 2022 akan mencatat rekod dan
menghampiri 700,000 unit setelah pasaran automotif Malaysia menikmati bulan keempat berturut-turut melebihi 60,000 jualan.

Secara individu, lima model Proton telah melebihi jumlah volumnya dari tahun 2021 dengan dua model, Proton X50 dan Proton Exora, menerajui segmen masing-masing sepanjang tahun.

Jualan eksport juga meningkat lebih 2,000 unit berbanding tahun sebelumnya kerana jualan YTD kini berjumlah 5,028 unit berbanding 3,018 bagi keseluruhan tahun sebelumnya.