Selepas mengumumkan kedatangannya ke Malaysia minggu lalu, HONOR X9a 5G menjadi bahan eksperimen dengan menguji ketahanan skrin lengkungnya.
HONOR Malaysia sedia berkongsi hasil eksperimen tersebut dan menyatakan telefon pintar baharu siri HONOR X ini dilengkapi Skrin Lengkung OLED Ultra Kukuh. Berikut fakta-fakta membuktikan kekukuhan skrin tersebut.
HONOR berkongsi sebuah video menunjukkan HONOR X9a 5G melalui beberapa siri eksperimen menguji ketahanan skrin. Salah satu eksperimen memperlihatkan skrin HONOR X9a 5G dihentak pada buah tembikai dan ketam.
Hasilnya, sensitiviti dan gerakan skrin pada skrin lengkung OLED masih berfungsi dengan baik dan ini menunjukkan HONOR X9a 5G tidak mudah rosak. Terbukti HONOR X9a 5G kekal utuh walaupun mengalami hentakan kuat dan tidak terjejas dengan pelanggaran
kecil yang tidak disengajakan, sekaligus menepis kebimbangan tentang isu skrin
lengkung.
Skrin lengkung ini menjadikan HONOR X9a 5G tampak premium dan data-data boleh dipercayai haruslah daripada pegawai HONOR Xperience yang adalah pengguna Malaysia.
Eksperimen seterusnya adalah menghentak skrin HONOR X9a 5G pada kacang Walnut. Hasilnya, sudah tentu kacang Walnut yang retak dan bukannya skrin. HONOR X9a 5G kekal utuh dan tidak mengalami sebarang kerosakan!
Ketika diminta memberi reaksi tentang eksperimen itu, pegawai HONOR Xperience Darren Ang berkata, skrin HONOR X9a 5G sangat kukuh meskipun adalah skrin lengkung.
“Saya terkejut dengan hasil ujian ini, skrinnya sangat bagus dan amat kuat,” kata Reshman.
“Bukan senang untuk skrin retak, jadi telefon ini sesuai untuk kegunaan seharian. Jika anda tidak sengaja menjatuhkan telefon, jangan risau kerana telefon dan skrinnya masih utuh," kata Leon.
Jadi apakah rahsia di sebalik skrin yang kukuh? HONOR berkongsi kisah mereka
dan saksikannya di https://www.instagram.com/p/ClphwOKpFTy/
Skrin HONOR X9a 5G turut dihasilkan dengan bahan bermutu dan tahan lama. Pelindung skrin kaca Super Reinforced 0.65mm pada asalnya digunakan HONOR X9a 5G – berbanding pelindung kaca 0.55mm yang lazim digunakan dalam industri – menunjukkan penambahan ketebalan kaca menghasilkan ketahanan lebih kuat apabila jatuh.
Skrin kaca ini telah lulus beberapa ujian lasak HONOR, termasuk dijatuhkan berulang kali ke atas lantai batu mamar dan konkrit dari ketinggian satu meter serta jatuh berguling dari pelbagai sudut. Ujian jatuh mikro pula dilakukan sehingga 10,000 kali.
Skrin Lengkung OLED Ultra Kukuh HONOR X9a 5G berjaya melepasi semua ujian-ujian ini, sekaligus menepis kebimbangan terhadap kerosakan skrin lengkung.
Skrin HONOR X9a 5G terus diuji lagi. Kali ini pegawai eksperimen melakukan ujian tekanan duduk yang mana simulasi menggambarkan seorang pengguna dalam keadaan duduk dengan peranti tersebut di dalam poket.
Ujian diubah suai mengikut beza berat badan, postur duduk dan fabrik kain bagi menggambarkan pelbagai situasi. Ribuan ujian dijalankan termasuk penyelarasan dan pengoptimum bagi memastikan telefon ini dapat menahan daya tekanan mencukupi.
Siri X terkenal dengan ketahanan dan kestabilannya dalam persekitaran ekstrem, selaras dengan usaha HONOR untuk menyediakan telefon pintar terbaik untuk kegunaan seharian untuk pengguna di seluruh dunia.
Makmal Penyelidikan dan Pembangunan HONOR terus menjalankan ujian dan simulasi untuk mendemonstrasikan fungsinya dalam persekitaran sebenar. Ujian sedemikian melibatkan inkubator yang mencirikan suhu panas dan peranti hujan yang menggambarkan cuaca sejuk dengan angin, hujan dan keadaan berkaitan.
Semua penyelidikan ini bagi memastikan HONOR X9a 5G dan peranti-peranti lain yang
dihasilkan HONOR berfungsi. Seharusnya uji kaji yang berterusan sebegini wajar
diberi pujian.
Selain ujian-ujian yang dinyatakan di atas, HONOR X9a 5G juga lulus 33 ujian lasak lain melibatkan pengklikan, tekanan menekan dan menekan butang kuasa. Apabila semua ujian berkenaan lulus, HONOR X9a 5G sudah diiktiraf produk yang memenuhi kelayakan.
HONOR meletakkan keutamaan tinggi dalam mencari kualiti terbaik secara berterusan untuk membawa jenamanya maju ke hadapan. Untuk itu, HONOR X9a 5G membawa legasi yang dipercayai dalam barisan siri X.