Perodua telah melepasi paras jualan 200,000 baru-baru ini apabila syarikat kereta kompak itu mencatatkan pendaftaran sejumlah 222,203 kenderaan antara Januari dan Oktober tahun ini.
Pada perbandingan tahun setakat ini, pendaftaran untuk kereta Perodua melonjak
kepada 51.2% daripada 146,951 unit yang dijual dalam tempoh yang sama pada
2021.
“Terdapat jurang pada jualan antara Jun dan Ogos tahun lalu berikutan penutupan
yang dikuatkuasakan oleh kerajaan untuk membendung kes Covid-19.
“Kami menjangkakan momentum pendaftaran akan terus meningkat sehingga akhir
tahun,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Dato’ Sri Zainal Abidin
Ahmad.
Bagi Oktober 2022, Perodua menjual 25,849 unit iaitu peningkatan sebanyak 5%
berbanding 24,626 unit yang dijual pada September 2022.
Model Perodua tiga teratas yang dijual pada Oktober ialah Bezza dengan 6,768 unit,
diikuti Myvi dengan 6,130 unit dan Axia dengan 4,989 unit.
Dari segi pengeluaran, Perodua telah mengeluarkan 22,974 unit pada Oktober
menjadikan jumlah keseluruhan kenderaan yang dikeluarkan adalah sebanyak
229,811 unit antara Januari dan Oktober tahun ini.
“Kami merancang untuk meningkatkan lagi pengeluaran dan jumlah jualan kami
kerana kami cuba melepasi sasaran jualan yang ditetapkan sebelum ini bagi tahun
2022 dan ini akan dapat mengurangkan tempoh menunggu para pelanggan kami,”
kata Dato’ Sri Zainal.
Beliau menambah bahawa prestasi pengeluaran dan jualan yang lebih tinggi
daripada jangkaan telah memberi kesan positif kepada ekosistem automotif
tempatan, memandangkan secara purata 95% alat ganti Perodua adalah diperoleh
secara tempatan.
“Malah, kadar penyetempatan yang tinggi juga telah membantu melindungi Perodua
daripada turun naik pasaran pertukaran matawang asing pada masa ini. Hasrat kami
adalah untuk menambah baik lagi rantaian bekalan automotif tempatan kerana
dengan adanya industri ini, ia memberi banyak manfaat kepada Perodua dan para
pengguna,” kata Dato’ Sri Zainal.
ePada Januari tahun ini, pembuat kereta kompak nasional itu telah mengumumkan
sasaran pendaftaran sebanyak 247,800 unit untuk 2022.