Kekerapan berlakunya hujan lebat boleh menyebabkan banjir kilat di kawasan-kawasan tertentu di Malaysia.
Ramalan tentang monsun timur laut yang dijangka mula pertengahan November dan fenomena La Nina yang dijangka berterusan sehingga awal 2023 membuatkan rakyat Malaysia bersiap sedia untuk menghadapi banjir yang disebabkan oleh ribut petir yang melanda.
Membuat persediaan awal dapat membantu membendung atau mengurangkan jumlah kerugian sekiranya terperangkap dalam ribut petir atau banjir kilat. Ia merupakan
langkah pertama dan mungkin langkah terpenting untuk menjaga kelestarian mata pencarian demi masa depan yang lebih cerah.
Ada beberapa perkara penting yang boleh dilakukan terlebih dahulu untuk membuat persediaan menghadapi musim monsun. Paling utama adalah dengan menyemak pelan perlindungan yang dimiliki untuk memastikan liputan yang mencukupi untuk diri sendiri, orang tersayang termasuklah harta berharga.
Langkah bijak adalah dengan menyediakan kit kecemasan sekiranya diarahkan untuk berpindah. Kit tersebut perlulah mengandungi keperluan penting seperti – makanan, air
minuman, ubat-ubatan, pakaian dan alat pertolongan cemas.
Sebagai peringatan, sediakanlah barangan secukupnya untuk sekurang-kurangnya tiga hari. Telefon bimbit juga boleh menyelamatkan nyawa ketika kecemasan, jadi simpanlah ia dalam beg plastik kedap udara agar telefon bimbit kekal kering dan sediakan powerbank untuk mengecas telefon bimbit anda.
Sekiranya anda telah menyediakan kit kecemasan sebelum ini, periksalah kandunganya untuk memastikan ianya masih boleh digunakan dan simpan kesemua nombor-nombor penting dalam telefon bimbit anda.
Jika anda dalam situasi dimana air semakin menaik sama ada di rumah atau di pejabat, kekal tenang dan jangan panik. Berikut adalah antara perkara-perkara yang anda boleh lakukan agar anda dan orang tersayang kekal selamat:
• Pergi ke tempat yang lebih tinggi apabila air semakin naik.
o Letak peralatan elektronik dan berharga ke tingkat atas.
o Simpan dokumen penting di dalam beg simpanan kedap udara dan boleh diguna semula untuk mengelakkan kerosakan akibat basah; periksa untuk memastikan tiada lubang.
o Pilih untuk mendapatkan perlindungan untuk isi kandungan rumah untuk melindungi kerugian atau kerosakan terhadap barangan di dalam rumah.
• Elakkan memandu di kawasan banjir.
o Kereta atau kenderaan lain tidak melindungi anda daripada air banjir. Anda mungkin terkandas atau lebih teruk, jika dihanyut air.
o Air setinggi 15sm cukup untuk membuatkan kereta anda terhenti; air setinggi 30sm boleh menghanyutkan kenderaan.
o Tinggalkan kenderaan anda jika perlu. Perlindungan peril khas boleh mengurangkan kerugian anda sekiranya ia berlaku.
• Lindungi diri daripada kejutan elektrik.
o Cabut wayar peralatan elektrik dan tutup suis utama untuk mengelakkan kejutan elektrik melalui air.
o Tutup suis elektrik untuk mengelakkan kebakaran, kejutan elektrik atau letupan.
o Jangan sentuh sebarang talian elektrik yang terjatuh dan hubungi penyedia tenaga untuk membuat laporan.
• Jangan main air banjir.
o Air banjir mungkin mengandungi barangan berbahaya seperti bahan kimia, objek dan cebisan yang boleh menyebabkan kecederaan malah jangkitan. Jika anda perlu menyeberangi banjir, gunakan kelengkapan perlindungan diri seperti kasut but getah dan sarung tangan getah.
o Dapatkan rawatan perubatan secepat mungkin untuk menyembuhkan luka dan mengelakkan jangkitan.
o Mempunyai perlindungan kemalangan diri atau perubatan boleh meringankan beban kewangan jika sebarang kecederaan berlaku, dan rawatan kecemasan perubatan diperlukan.
Talian kecemasan dan nombor-nombor penting yang boleh disimpan adalah termasuk:
Talian Kecemasan Negara 999
Bulan Sabit Merah Malaysia 03-2143 6122 / 03-2143 7122 / 03-2143 8122