GoCar Malaysia, peneraju platform mobiliti sebagai perkhidmatan berdasarkan kepada permintaan hari ini mengumumkan pengembangan perkhidmatan penyelenggaraan dan servis kereta berpusat GoCar Garage ke Ipoh dan Negeri Sembilan.
Pengembangan itu merupakan sebahagian daripada usaha berterusan GoCar untuk
meluaskan lagi rangkaian servis Garage, menerusi kerjasama strategik bersama
bengkel-bengkel sah dan bebas.
Rakan-rakan Garage ini dipilih melalui satu proses penilaian yang ketat bagi memastikan standard dan kecemerlangan perkhidmatan GoCar Garage dapat dipenuhi.

Buat masa ini, terdapat lebih 40 lokasi Garage di Lembah Klang, Johor Bahru, Pulau Pinang, Melaka dan kini di Ipoh serta Negeri Sembilan yang mudah dicari melalui
aplikasi mudah alih GoCar.
Direka untuk menawarkan pengalaman penyelenggaraan kereta secara menyeluruh
dengan struktur harga yang telus, platform GoCar Garage membolehkan pelanggan
untuk menjadual temu janji servis, memilih jenis servis, meluluskan sebut harga
sebelum kerja-kerja membaik pulih diteruskan dan akhirnya membuat bayaran,
semuanya menerusi aplikasi mudah alih GoCar.
Diskaun sehingga RM50 untuk setiap servis kereta
Sempena pengembangan terbaharu ini, GoCar menawarkan penjimatan sehingga
RM50 ke atas mana-mana servis yang ditawarkan dalam platform GoCar Garage.

Pelbagai jenis servis ditawarkan termasuklah penukaran minyak enjin, servis berkala,
pembaikan, penukaran dan membetulkan tayar, brek, bateri, pendingin hawa,
mekanikal dan sistem elektrikal. Pelanggan juga boleh menikmati servis bukan
pembaikan seperti talaan prestasi, tinted, perapian dan lapisan cat.
Promosi ini tertakluk kepada tempahan yang dibuat dan ditebus di antara 19 September hingga 30 November 2022 dengan menggunakan kod promo “CUBALAH50”.
Orang ramai juga boleh mengetahui dengan lebih lanjut pada siri jelajah GoCar Garage di premis-premis Lotus’s di Bukit Jelutong, Cheras dan Puchong di Lembah Klang serta Desa Tebrau di Johor Bahru.
Maklumat lanjut mengenai siri jelajah boleh didapati di laman web atau menerusi aplikasi mudah alih GoCar. Semua Garage ini mampu menyelenggara pelbagai jenis kenderaan penumpang daripada jenama tempatan, Jepun, continental dan premium.
Untuk mengetahui lokasi GoCar Garage berhampiran anda dan menempah slot temu janji servis, download aplikasi mudah alih GoCar dan klik pada ruang “Car Service and Repair”.
Maklumat lanjut mengenai GoCar Malaysia, sila layari laman web https://hi.gocar.my
atau ikuti saluran Facebook, Instagram, YouTube dan Twitter GoCar Malaysia.






































