HONOR Malaysia mengadakan Jualan Kembali Ke Sekolah HONOR selama dua bulan dengan menawarkan produk-produk terlaris dengan rebat segera!
Dapatkan peranti HONOR kegemaran anda sehingga 30 November ini dengan tawaran terbaik pada tahun ini! Pelanggan dinasihat untuk menyemak jualan tersebut dan produk tersedia di Kedai HONOR serta kedai pengedar yang sah.
HONOR Magic4 Pro – Rebat Segera RM300 – Tawaran Terbaik Tahun Ini!
HONOR Magic4 Pro merupakan telefon pintar mercu pertama HONOR tahun ini dan
menerima pengiktirafan dunia pada Mei 2022 sebagai peranti Terbaik di MWC 2022.
Lengkap dengan Google Mobile Services, HONOR Magic4 Pro sehingga hari ini kekal
sebagai telefon pintar HONOR yang paling berkuasa.
Paparan LTPO dengan 1920Hz PWM Dimming mampu mengurangkan kecerahan yang
berubah-ubah dan kerdipan skrin walaupun dalam suasana malap, menjadikan HONOR
Magic4 Pro mudah digunakan dalam urusan seharian.
Dari segi kamera, HONOR Magic4 Pro gah dengan sistem kamera 50MP terbaik dalam
kelas menerusi teknologi Fotografi Ultra Fusion yang memberi hasil gambar yang lebih
tajam, lebih terperinci dan lebih jelas, sesuai untuk apa jua keadaan.
HONOR Magic4 Pro turut dilengkapi HONOR SuperCharge 100W yang pertama dalam
industry dan mampu meningkatkan kuasa bateri sehingga 100% dalam masa hanya 30
minit. Ia dimuatkan dengan bateri 4600mAh untuk jangka hayat panjang dan
ketersambungan sepanjang hari.
Siri HONOR MagicBook 14 AMD – Rebat segera RM 800 – Tawaran terbaik tahun ini!
Siri HONOR MagicBook 14 AMD kembali dengan tawaran tidak masuk akal! Inilah masa
untuk membeli HONOR MagicBook 14 AMD yang didatangi dengan versi 16+512GB dan
8+256GB kerana diberikan rebat segera sebanyak RM800 hanya sepanjang promosi
tersebut!
Ramai mencari komputer riba pada harga bajet dan siri HONOR MagicBook 14 AMD
sememangnya memenuhi permintaan itu. Komputer riba berkenaan dikuasakan dengan
HONOR SuperCharge 65W untuk ketersambungan sepanjang hari.
Kerangka badannya pula ringan dan nipis menjadikan peranti tersebut mudah dibawa ke mana-mana sahaja, sama ada untuk belajar atau berhibur.
Setiap siri HONOR MagicBook 14 AMD dilengkapi Paparan FullView HONOR Keselesaan
Mata selain skrinnya diiktiraf Pensijilan Cahaya Biru Rendah TÜV Rheinland dan Pensijilan
TÜV Rheinland Flicker Free untuk keselesaan mata sepanjang hari.
Istimewanya, versi 16+512GB didatangi dengan pakej pra-pasang Microsoft Office, pasti
menjadi pilihan ramai! Pelanggan bebas memilih siri HONOR MagicBook 14 AMD kesukaan yang bermula pada harga serendah RM 1,899 selepas rebat.
Jangan tunggu lagi! Dapatkan tawaran terbaik ini hanya di Jualan Kembali Ke Sekolah
HONOR yang berlangsung sehingga 30 November 2022! Jom singgah ke Kedai HONOR
berdekatan anda atau kedai pengedar sah untuk maklumat lanjut!
Pembelian dalam talian juga boleh dibuat menerusi laman web rasmi www.hihonor.com, Shopee HONOR Official Store dan Lazada HONOR Flagship Store.