Kediaman di perbandaran Myra Alam yang menjanjikan keselesaan diilhamkan menerusi projek perumahan bertingkat di New South Wales.

Kediaman bukan sekadar tempat berlindung, sebaliknya ia menjadi ruang kepada kita berehat selepas seharian penat mencari rezeki. Kediaman selesa juga menjadi tempat di mana kenangan bersama orang tersayang dicipta, sekali gus kesibukan seharian dapat dilupakan.

Persoalannya, sejauh mana tahap keselesaan kediaman anda daripada aspek lokasi, kebolehcapaian dan kemudahan? Adakah anda merasa selamat dengan persekitaran tempat tinggal anda? Adakah ia sepadan dengan pendapatan dan berbaloi dimiliki?.

Semua ini adalah persoalan yang sering bermain di fikiran anda terutama ketika ingin membeli rumah. Namun, anda tidak perlu bimbang kerana projek Alea Residence di perbandaran Myra Alam mungkin ada jawapan yang anda tercari-cari.

Terletak di Puncak Alam, lokasi strategik ini merupakan antara bandar popular yang berkembang pesat sejajar dengan lokasinya yang strategik serta ketersambungan dengan
lebuh raya seperti DASH, LATAR, dan Lebuhraya Koridor Guthrie. Puncak Alam dilihat menjadi hab projek pembangunan bagi kebanyakan pemaju.

Fasa terakhir perbandaran Myra Alam, Alea Residence menjanjikan persekitaran masa depan dan kehidupan baharu. Projek ini menampilkan ciri-ciri kediaman yang unik, di mana anda akan menikmati manfaat seperti tinggal di rumah bertanah.

Dengan ciri yang ditawarkan Alea Residence di mana tempat letak kereta dan unit kediaman berada di aras sama, anda boleh melupakan pengalaman yang agak membosankan seperti terpaksa mengangkat banyak barang dan berjalan jauh untuk ke kediaman anda, apatah lagi terpaksa berdepan masalah lif yang sentiasa sibuk.

Selain itu, penghuni Alea Residence memiliki akses kepada kemudahan eksklusif kerana ia
menjadi satu-satunya apartmen bertingkat rendah berhalaman di Puncak Alam. Terdapat tiga halaman ditawarkan iaitu Kinetic, Serene, dan Gala.

Setiap halaman dinamakan berdasarkan kemudahan yang diwakilinya, contohnya Kinetic yang memberikan penekanan kepada pergerakan, hadir dengan gelanggang badminton, taman permainan, pusat jagaan harian dan bilik bacaan.