Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Negeri Terengganu merangkap Profesor Adjung Universiti Malaysia Terengganu (UMT) Dato Dr Mustapha Ahmad Marican membuat kunjungan hormat ke atas Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu, Tengku Seri Bijaya Raja Datuk Tengku Farok Hussin Tengku Abd Jalil di pejabatnya di Wisma Darul Iman.
Menerusi pertemuan itu, antara perkara dibincangkan termasuk isu berkaitan aktiviti MCPF Negeri melibatkan ceramah pencegahan jenayah integriti, motivasi serta aktiviti melibatkan program bersama agensi dan jabatan negeri.
Mustapha yang pernah menjawat jawatan di Negeri Terengganu selaku Penasihat Ekonomi dan Ketua Eksekutif Terengganu Inc selama 4 tahun selepas itu balik semua ke kerajaan pusat selaku Panel Pengerusi Temuduga SPA.
Menurut YBM Tengku Seri Bijaya Raja Tengku Datuk Tengku Farok beliau menyokong usaha-usaha yang ingin dijalankan oleh MCPF Negeri Terengganu kerana ia merupakan aktiviti bermanafaat untuk semua pihak di Negeri Terengganu.
Tambahan pula, Mustapha mempunyai pengalaman luas dalam pelbagai bidang sama ada dalam Kerajaan pusat dan Negeri, GLC serta badan NGO dalam dan luar negara.
Pengalaman beliau amat berharga dan negeri amat mengalu-alukan sumbangan beliau untuk kebaikan dan kepentingan Rakyat Terengganu khususnya aktiviti untuk mendidik dan mencegah jenayah disemua peringkat masyarakat.
Dalam pada itu, Mustapha berharap Kerajaan Negeri dapat bersama-sama untuk membantu dalam aktiviti atau program kesedaran jenayah.
“Salah satunya ialah jenayah siber scammer yang banyak diperkatakan. MCPF Negeri Terengganu telah mengambil langkah dengan mengadakan Kerjasama dengan UMT bagi menganjurkan Townhall discussion.
“Scammer pada awal Oktober ini di UMT. MCPF amat berharap kehadiran pegawai dan kakitangan Kerajaan Negeri dapat hadir dalam program Townhall berkenaan.
Mustapha juga memohon seorang wakil dari SUK dalam jawatankuasa MCPF Negeri supaya semua aktiviti MCPF Negeri dapat dilaksanakan dan mendapat kerjasama yang baik.
Beliau turut berharap aktiviti kesedaran jenayah ini akan diperluaskan kepada semua jabatan, agensi pendidikan, persatuan, institusi masjid dan pihak swasta. Kerjasama ini akan memberi manfaat bersama untuk kebaikan rakyat keseluruhannya.