Dua badan industri vape hari ini menggesa Kerajaan untuk mendengar suara industri untuk mengkaji semula GEG dan menunjukkan petisyen awam mengenai Malaysia Bersuara juga telah memperoleh lebih 600,000 tandatangan membantah permainan akhir generasi (GEG).

Dua badan industri itu, Dewan Perniagaan Vape Malaysia (DPVM) dan Malaysian Vape Industry Advocacy(MVIA), secara konsisten menyeru agar GEG dikaji semula dengan teliti kerana ia akan membawa impak yang besar kepada industri.

Setiausaha Agung Dewan Perniagaan Vape Malaysia (DPVM), Ridhwan Rosli berkata, sejak GEG pertama kali dicadangkan awal tahun ini, ramai pemain industri vape, telah berkongsi kebimbangannya kerana dasar ini akan memberi kesan yang signifikan terhadap industri.

Ridhwan Rosli

“Selain menjejaskan usahawan Bumiputera, GEG menetapkan pendirian yang sangat salah dan negatif terhadap vape yang selama ini telah digunakan secara meluas sebagai alat untuk berhenti merokok oleh perokok.”

“Petisyen ini telah berjaya mendapat sokongan dengan memperolehi 600,000 tandatangan membuktikan ramai masyarakat Malaysia juga berkongsi sentimen yang sama seperti kita. Kerajaan dan Kementerian Kesihatan (KKM) tidak boleh mengabaikan suara orang ramai,” katanya.

Pandangan ini turut disuarakan oleh MVIA. Persatuan itu menambah, mereka telah cuba untuk melibatkan diri dengan KKM dan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSSC), tetapi tidak berjaya.

Sementara itu, Presiden Malaysian Vape Industry Advocacy (MVIA), Rizani Zakaria berkata, “Kami juga telah meminta untuk bertemu dengan PSSC dan permintaan kami tidak diendahkan. Penyerahan surat kami kepada Menteri KKM dan ahli PSSC juga tidak didengari walaupun telah banyak rayuan kami lakukan.”

Kini, dengan maklum balas yang diterima petisyen itu, suara setengah juta rakyat Malaysia tidak boleh diabaikan. KKM dan PSSC mesti faham bahawa dasar ini memberi kesan kepada banyak lapisan rakyat Malaysia.

Rizani Zakaria, President of the Malaysian Vape Industry Advocacy

“Mereka tidak boleh terus mendengar individu dan kumpulan anti-vape sahaja. GEG memberi impak kepada banyak lapisan masyarakat Malaysia, dan oleh itu, ia harus dikaji dan dibincangkan dengan semua pihak sebelum keputusan dibuat,” katanya.

Petisyen Malaysia Bersuara yang menolak GEG sepenuhnya, memetik empat sebab utama, iaitu:

  • GEG akan menghasilkan generasi penjenayah.
  • GEG mengambil hak individu untuk kesaksamaan dan kebebasan
  • GEG menyemarakkan pasaran gelap
  • GEG tidak membezakan vape dengan rokok